“Kami Adik-Beradik Kumpul Duit, Ikat Perut…,” – Muliakan Ibu Bapa, Syafie Naswip Hadiahkan Rumah Semi-D Buat Mak Ayah

Mahu mengembirakan keluarga tercinta, pelakon Syafie Naswip dan adik-beradiknya telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah rumah semi-D buat kedua orang tua.

Kongsi pelakon drama Hello Boy itu, dia dan adik-adiknya berusaha mengumpul duit selama empat tahun untuk membeli rumah berkenaan.

“Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah.

“Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016. Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat yang betul, doa dan usaha yang tidak putus, kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini,” kongsinya.

Dalam masa sama, pelakon berusia 28 tahun itu juga bersyukur kerana impiannya untuk mengembirakan ibu bapa tercapai juga pada tahun ini.

“Walaupun selepas 4 tahun, Rumah ini masih belum siap sepenuhnya, Aku terharu dan bersyukur.

“Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum.

“Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini, dan aku harap Allah permudahkan segalanya,” akhirinya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah… Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016. Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat yang betul, doa dan usaha yang tidak putus, Kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini. Walaupun selepas 4 tahun, Rumah ini masih belum siap sepenuhnya, Aku terharu dan bersyukur, Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum. Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini, Dan aku harap Allah permudahkan segalanya. More to come amin… #WorkForFamily #familyfirst❤️

Siaran dikongsi oleh Syafie Naswip (@syafienaswip) pada

Menerusi video yang dikongsikan Syafie, ibunya menagis terharu apabila menerima kejutan sedemikian.

Dalam perkembangan lain, Syafie dan Sharifah Aryana telah menubuhkan Bengkel Lakonan bagi mereka yang mahu terjun sebagai anak seni.

Video : Instagram Syafie Naswip

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Kami Adik-Beradik Kumpul Duit, Ikat Perut…,” – Muliakan Ibu Bapa, Syafie Naswip Hadiahkan Rumah Semi-D Buat Mak Ayah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*