Kisah aneh si penggali kvbvr

 

“KAMI pernah menggali kvbvr berjam-jam lamanya namun masih gagal mencapai kedalaman diingini.

Akhirnya kami terpaksa naik ke tebing kvbvr dan berdoa pada Allah SWT memohon tugas dipermudahkan,” ujar penggali kvbvr Na’im Hashim, 50, yang pernah berdepan pelbagai pengalaman.

Dia yang menetap di Kampung Bertam Ulu, Melaka, memberitahu jumlah imbuhan wang bukan keutamaannya berbanding niat untuk berbakti pada masyarakat.

Baginya dia ikhlas mengerah kudrat walaupun perlu mengambil masa antara tiga hingga empat jam bagi menyiapkan lubang kvbvr sebelum pengebumlan dilakukan.

Menurutnya, kebiasaan dia akan melakukan kerja menggali bersama seorang lagi rakan, Jalut Wahab ,60, dengan bayaran RM100 setiap seorang.

Katanya, pelbagai pengalaman dilaluinya termasuk liang lah4d yang runtuh selain perlu menyiapkan lubang

kvbvr dalam tempoh segera.

“Setakat ini lebih 300 kvbvr sudah digali dalam tempoh 10 tahun saya bergelar penggali kvbvr.

“Pengalaman menggali kvbvr pada waktu malam lebih mencabar termasuk pernah ternampak `sesuatu’ di dalam liang lah4d. Apapun saya anggap ia hanyalah sekadar bayangan dan tidak menceritakannya kepada sesiapa,” katanya.

Dia yang bekerja kampung mengakui tugas berkenaan amat mencabar berikutan terdapat batu dan tanah keras

ketika tugas dilakukan.

Na’im berkata, kebiasaan susah senang menggali kvbvr bergantung kepada kehidupan dan amalan setiap insan yang masih hidup.

“Namun setakat ini saya bersyukur semua tugasan berjaya diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

“Apa yang menjadi masalah, tiada generasi muda yang berminat menjadi pelapis berikutan tugas itu dianggap tiada masa depan,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mereka enggan menjadi penggali kvbvr walaupun ia amat bermanfaat untuk saham akhirat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HM

Be the first to comment on "Kisah aneh si penggali kvbvr"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*