Itu loket siput! Ramona Zamzam rimas dianggap j4hil – “Semua benda nampak macam lambang s4lib ke?”

PERKONGSIAN foto pelakon Ramona Zamzam bersama aktres Intan Najuwa mengundang curiga pengikut apabila loket pada rantai emas yang dipakainya dikatakan seperti lambang s4lib.

Enggan membiarkan netizen terus membuat spekulasi, Ramona tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi laman Instagram pada Ahad.

“Serius semua benda nampak macam lambang s4lib? Saya faham anda nak jadi seorang yang tahu tentang agama tapi jadi alim sampai semua jadi negatif payahlah kak oi.

“Nampak macam s4lib ke dalam gambar?” katanya.

Ramona menulis penjelasan mengenai loket dipakainya di Instagram.

Bersama penjelasan itu, Ramona turut memuat naik paparan skrin komen yang ditinggalkan pengikut tersebut.

Malah, dia turut berkongsi bentuk sebenar loket tersebut berserta nama dan harga aksesori berkenaan.

“Sis maaf, tu loket bentuk apa ya? Nampak macam s4lib,” tanya seorang netizen.

Rupanya loket disangka lambang s4lib itu berbentuk siput!

Perkongsian Ramona itu turut menarik perhatian pengikut yang berpendapat netizen tersebut terlalu cepat membuat andaian terhadap sesuatu perkara.

“Ya, saya pun lemaslah dengan orang macam ini, macamlah kita ni j4hil sangat tak reti nak beza.

“Cantik sangat rantai tu, tapi buta ke apa tak boleh beza bentuk s4lib dengan bentuk siput. Sabar sajalah!

“Nak alim boleh, tapi tengok tempat dulu, maaf konon, bagi saya sebelum berkata negatif fikir dulu dosa sebelum komen tentang orang lain,” komen pengikut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Itu loket siput! Ramona Zamzam rimas dianggap j4hil – “Semua benda nampak macam lambang s4lib ke?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*