Peduli akan keselamatan haiwan, anggota penyelamat PDRM redah banjir untuk menyelamatkan anjing yang terperangkap – EB Online

 

Banjir bukan satu fenomena asing yang berlaku di Malaysia, di mana ia kerap kali berlaku terutamanya apabila tiba penghujung tahun. Pendek kata, saban tahun ada sahaja kawasan di beberapa buah negeri akan ditenggelami air.

Banjir bukan sahaja meninggalkan kesan buat kita sahaja, bahkan terhadap makhluk bernyawa lain seperti haiwan misalnya. Bayangkanlah apa yang terjadi kepada mereka ketika sesuatu kawasan itu dinaiki air.

Baru-baru ini, seorang anggota daripada Unit Response Team, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi ada menyelamatkan seekor anjing yang turut terperangkap dalam bencara banjir yang menenggelami Kampung Jawa yang terletak di Kota Tinggi, Johor.

Facebook

Perkongsian itu dimuat naik oleh akaun rasmi Polis Diraja Malaysia di laman Facebook, di mana kenyataan itu turut menekankan bahawa selain penduduk setempat, haiwan peliharaan dan ternakan juga menjadi tanggungjawab pasukan penyelamat untuk ditempatkan di kawasan yang lebih selamat.

Mengakhiri kenyataan itu, orang ramai diminta untuk mendoakan segala tugasan dan urusan warga Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam operasi banjir ini agar senantiasa dilindungi dan dipermudahkan.

Mengintai di ruangan komen, majoriti rakyat Malaysia menzahirkan rasa terima kasih kepada anggota tersebut kerana berhati mulia.

Facebook

 

Facebook

 

Facebook

Terima kasih buat para penyelamat yang bertungkus lumus dalam memastikan mangsa (termasuklah haiwan) ditempatkan ke lokasi penempatan sementara. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas budi baik anda.

Seeloknya, mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi banjir seharusnya bersedia untuk melindungi diri dan haiwan peliharaan. Hal ini kerana, haiwan juga sama seperti keluarga kita, di mana ia perlulah dilindungi dan cara terbaik adalah melalui persediaan rapi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: ERA BARU

Be the first to comment on "Peduli akan keselamatan haiwan, anggota penyelamat PDRM redah banjir untuk menyelamatkan anjing yang terperangkap – EB Online"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*