Ain Edruce Mandi Bunga Sebelum Bernikah Malam Ini

Pelakon dan pengacara Ain Edruce, yang mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz, pada 22 Jun lalu, bakal melangsungkan pernikahan mereka malam ini.

Menjelang hari bahagia mereka, Ain telah mengadakan upacara mandi bunga sebelum majlis malam berinai pada malam Rabu lalu.

Pelakon berusia 27 tahun itu juga telah berkongsi momen tersebut di laman sosial Instagram (IG), dan rata-rata peminat melayangkan ucapan tahniah di ruangan komen.

Mereka turut menyatakan rasa teruja menantikan detik Ain bergelar isteri kepada Hafiz, 26, dan mengharapkan agar pasangan sama cantik sama padan itu berbahagia hingga ke akhir hayat.

Sebelum ini Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce berkata, tarikh pernikahan dipilih berdasarkan persetujuan kedua-dua keluarga.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

📸: @the.affiliates UPACARA MANDI BUNGA / MALAM BERINAI✨ Terima kasih semua yang hadir … And thank you to my team for making this happen .. @megabridalcreations @syazmoralee_henna @norishhenna @nuraahenna @ekinhennadesign @dzatu_henna @syillaroslan_hennalovers @haneyz_henna #ainxxamirul

Siaran dikongsi oleh NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) pada

“Mengikut persetujuan kedua-dua pihak juga, majlis persandingan di sebelah keluarga saya akan diadakan pada 14 Disember, manakala acara menyambut menantu pula seminggu kemudian,” katanya.

Ain dan Amirul berkenalan sejak setahun lalu menerusi Instagram.
 
Foto daripada Instagram Ain Edruce.
 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Ain Edruce Mandi Bunga Sebelum Bernikah Malam Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*