Bukan Biasa-Biasa Comelnya! Wawa Zainal Dedah Wajah Anak Ketiga

Pelakon Wawa Zainal buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak ketiganya, Aya Soffya.

Wawa berkongsi wajah comel puteri keduanya itu menerusi posting terbaru diakaun Instagram miliknya dan juga Aya.

Foto tersebut dirakamkan menerusi sesi ‘newborn photoshoot’ yang dilakukan baru-baru ini.

“Assalamualaikum semua… Nama saya Aya Soffya binti Aeril Zafrel. Saya dilahirkan pada 1.12.19 sehari sebelum birthday ayah saya… Berat saya 2.86 masa lahir. Muka saya macam kakak Hayla,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji kecomelan puteri keduanya itu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

our #wawabundleofjoy @ayyasoffya .. more photos on her ig hehehe . Mcm muka siapa agak2?

Siaran dikongsi oleh Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) pada

“Bukan biashe-biashe comeynya ni. Alhamdulillah,” komen @nabihan_kamarulzaman
 
“Comelnya awak sayang… Semoga anak auntie ni kenan macam muka awak. Amin,” puji @amzetashah
 
Terdahulu, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
 
Manakala Aya Soffya dilahirkan pada 1 Disember lalu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Akak hayla dodoikan kita 😊😊

Siaran dikongsi oleh Aya Soffya & Sibs (@ayyasoffya) pada

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Bukan Biasa-Biasa Comelnya! Wawa Zainal Dedah Wajah Anak Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*