“Tahniah”- Ain Edruce kongsi foto malam berinai & upacara mandi bunga

Ain Edruce kongsi foto malam berinai & upacara mandi bunga menerusi laman Instagram miliknya dan mencuri tumpuan ramai pengguna media sosial.

Pengacara dan pelakon yang kini semakin mendapat perhatian ini mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan iaitu seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Amirul Hafiz.

Difahamkan, pasangan ini bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri pada 13 Disember iaitu esok. Bagaimanapun, pelakon Kekasih Paksa Rela ini bertunang dengan jejaka pilihannya itu lebih 5 bulan iaitu pada Jun lalu.

Ain Edruce menerusi Instagram berkongsikan beberapa keping foto yang difahamkan bagi upacara mandi bunga serta malam berinai.

Foto malam berinai pula Ain Edruce dilihat sempoi mengenakan baju kurung kedah bersama kain batik selain kemasan selebriti ini dipakaikan inai juga dipuji netizen.

Foto malam berinai jadi perhatian ramai

Kemasan inai dipuji pengikut

Dalam pada itu, Ain melalui perkongsian foto juga berterima kasih kepada semua yang hadir dan posting berkenaan menjadi tumpuan pengikutnya.

Foto upacara mandi bunga Ain Edruce raih ribuan tanda suka

Menerusi foto upacara mandi bunga pula, Ain Edruce dilihat tersenyum gembira sehingga fotonya itu meraih 29,000 tanda suka.

Diruangan komen juga, peminat serta selebriti tanah air turut mengucapkan tahniah buat pelakon ini bersama jejaka pilihannya itu serta mendoakan yang terbaik buat mereka.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Ain Edruce via HCL

Be the first to comment on "“Tahniah”- Ain Edruce kongsi foto malam berinai & upacara mandi bunga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*