“Hati Sendiri Tak Bersih Sibuk Nak Cakap Orang ‘Annoying’ ..” – Netizen Bengang Apabila Nelydia Senrose …

Aktres jelita Nelydia Senrose telah memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Nelydia bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid sedang menikmati makan malam di Tokyo, Jepun.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Quick stop in Tokyo city and stayed for a night JUST to get my husband’s Unagi rice craving fixed ! Such a sweetheart i am ikutkan je dia 😛, pasni apa I NAK jangan tak bagi ehhhhhh. #myotherhafeznel

Siaran dikongsi oleh @ nelydiasenrose pada


Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Nelydia mendoakan kebahagiaan pasangan yang sedang berbulan madu itu.

Namun, terdapat seorang netizen meninggalkan komen menyatakan wajah suami Nelydia seiras dengan pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu.

Nelydia yang tidak menyukai apabila suami disamakan dengan orang lain itu terus membalas komen netizen tersebut.

Perbualan menjadi makin tegang apabila netizen yang bernama Ameera Zainall itu tidak menerima komen balas Nelydia.

“Ingat Shuib tadi,” tulis netizen itu.

“Annoyingnya,” balas Nelydia.

“Apalah nak rasa annoying pulak. Setiap kali orang komen muka macam Shuib atau Papagomon kemain merentan.

“Kenapa? Sebab awak rasa mereka hodoh ke untuk disamakan dengan suami awak? Benda memang sama masalahnya.

“Kalau bandingkan dengan orang lebih elok suka pulak. Pelik.

“Hati sendiri tak bersih sibuk nak cakap orang annoying. Apo?” balas individu tersebut dengan penuh emosi.

“Ha? Siapa cakap diorang tak handsome? Cuma cakap tak sama pelik la hahaha.

“Statement tak handsome tu awak ke yang rasa diorang tak handsome,” soal Nelydia.

“Tak apalah Nely. Awak tengok suami hari-hari. Awak lebih kenal setiap inci.

“Kami tengok jarang-jarang jadi kami tetap nampak ada irasnya di situ. Selamat berbulan madu,” kata Ameera.


Untuk makluman semua, Nelydia dan Hafez telah mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.
 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Hati Sendiri Tak Bersih Sibuk Nak Cakap Orang ‘Annoying’ ..” – Netizen Bengang Apabila Nelydia Senrose …"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*