“Masa Tu Nak Solat Pun Seksa…”- Pernah Cecah Berat 121kg, Lihat Transformasi Suami Faezah Elai Sekarang!

Pengarah Heykal Hanifah mendedahkan beratnya pernah mencecah sehingga 121kg(kilogram) sebelum ini.

Suami kepada pelakon Faezah Elai itu akui pengalaman berbadan besar sebelum ni telah membataskannya dari bergerak aktif di lokasi penggambaran serta menyukarkannya untuk menunaikan solat.

“Pernah berat ku mencecah 121kg..masa tu nak solat pun siksa..masa tahiyat akhir rasa mcm nak terbalik pun ada.

“Nak aktif di lokasi pun susah yang boleh hanya duduk di kerusi pengarah dan hanya gunakan suara base aku untuk beri instruction kepada crews dan actors,” tulisnya.

Heykal berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Heykal turut memuat naik foto transformasinya dari berat 121kg dengan yang terkini lebih kurus dan segak.

Katanya, setelah pelbagai usahanya menemui jalan bunti Heykal kini bersyukur kerana urusannya dipermudahkan.

“Bila pelbagai usaha yang dibuat menemui jalan buntu aku hanya ada satu jalan berdoa pada Allah swt agar permudahkan segala usahaku dan akhirnya segalanya dimakbulkan.

”Terima kasih Allah..buatkanlah aku sentiasa berada di jalanMU,jalan menuju destinasi yang abadi,” katanya lagi.

Terdahulu, Faezah telah berkahwin dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

Hasil perkahwinan dengan Heykal, Faezah dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pernah berat ku mencecah 121kg..masa tu nak solat pun siksa..masa tahiyat akhir rasa mcm nak terbalik pun ada, nak aktif di lokasi pun susah yang boleh hanya duduk di kerusi pengarah dan hanya gunakan suara base aku utk beri instruction kepada crews dan actors.Bila pelbagai usaha yg dibuat menemui jalan buntu aku hanya ada satu jalan berdoa pada Allah swt agar permudahkan segala usahaku dan akhirnya segalanya dimakbulkan.terima kasih Allah..buatkanlah aku sentiasa berada di jalanMU,jalan menuju destinasi yang abadi. Terima kasih pada @ezdiet Terima kasih pada @slendefit. 012-4705202. 0124705202 Terima kasih ❤️ pada isteri tersayang yang banyak sangat membantuku @faezahelai LUTJ #makantetapkenajaga #nakkuruskenasenaman #nakkurusjagamakan

Siaran dikongsi oleh Heykal Hanifah (@heykalhanifah) pada

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Masa Tu Nak Solat Pun Seksa…”- Pernah Cecah Berat 121kg, Lihat Transformasi Suami Faezah Elai Sekarang!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*