“4 Tahun Jatuh Bangun” – Fitri Haris Akhirnya Bergelar ‘Doktor’

Juara Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Fitri Haris bersyukur apabila baru sahaja menerima anugerah Ijazah Kedoktoran Ph.D pada 10 Disember 2019.

Majlis graduasi bekas anggota kumpulan UNIC itu yang kini digelar Dr. Fitri, telah berlangsung di University of Nottingham, UK selepas empat tahun menuntut di sana.

BACA: “Angah Dah Dapat PhD!” – Lulus Cemerlang, Fitri Haris Kini Bergelar Doktor Falsafah

“Alhamdulillah syukur ya Allah! Selesai majlis graduasi saya di University of Nottingham, UK.

”Secara rasminya dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Ph.D pada 10 Disember 2019.

“Setelah 4 tahun suka duka jatuh bangun. Terima kasih Allah .. Alhamdulillah..

“Gambar dan caption lain menyusul will share more picture and video sampai jemu.. sorry awal-awal ya.. #drfitriharis #uum #scimpa,” tulisnya.

Dr. Fitri berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dr. Fitri menyambung pengajian ke peringkat PhD dalam bidang Musicology sejak empat tahun lalu.

Rata-rata mengucapkan ribuan tahniah buat kejayaannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“4 Tahun Jatuh Bangun” – Fitri Haris Akhirnya Bergelar ‘Doktor’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*