Baru Nak ‘Sweet’ Pakaikan Isteri Telekung, Sampai Lupa Ada Air Wuduk

Setiap pasangan yang berumah tangga, pasti impikan ikatan perkahwinan dibina kekal hingga ke akhir hayat. Malah, setiap pasangan mempunyai cara mereka untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Seperti satu video tular ini, sepasang suami isteri berkongsikan momen sweet mereka sedang bersiap untuk menunaikan solat di TikTok, namun lain jadinya apabila ia bertukar menjadi kelakar.

Difahamkan, si isteri pernah mengalami kem4lang4n sehingga menyebabkan tangannya tidak bole bergerak banyak. Disebabkan keadaannya, suaminya membantu memakaikan telekung.

Namun, setelah selesai menyarungkan kain telekung, secara tiba-tiba si suami pantas mencivm dahi isterinya. Lebih melucukan kedua-dua mereka terus ketawa selepas terlupa masing-masing sudah mempunyai air wuduk.

Meskipun terpaksa mengambil air wuduk semula, namun apa yang menjadi perhatian terpancar kebahagiaan pada wajah pasangan itu. Malah, kapsyen yang disertakan lucu, mana tidaknya orang perempuan pantang sungguh jika suami pegang jika ada wuduk, boleh buat g4duh katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat keharmonian pasangan itu serta menitipkan doa agar si isteri segera sembuh dan rumah tangga mereka kekal hingga ke syurga.

SUMBER: TikTok Mataharishining

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Gulapop

Be the first to comment on "Baru Nak ‘Sweet’ Pakaikan Isteri Telekung, Sampai Lupa Ada Air Wuduk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*