Lebih Sebulan Su4mi Meningg4l Dvnia Dlm Tidvr Di Ruang Tamu, Anita Baharom Bagithu Apa Yg Berl4ku Kepada Dia

KUALA LUMPUR: Lebih sebulan selepas pemergian suami ke Rahmatullah pada 1 Januari lalu, pelakon, Anita Baharom, 39, mengaku masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu bersama anak tanpa kehadiran tonggak keluarga.

Lebih 16 tahun berkongsi hidup bersama, pelakon drama Dunia Baru ini sukar melupakan Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, 50, yang menghembuskan nafas terakhir secara mengejut, ketika tidur, di kediaman mereka.

Bukan tidak reda atas ujian dilalui, namun akui Anita, siapa yang berada di tempatnya pasti sukar memadamkan kenangan bersama pasangan.

Biarpun dilihat kuat di laman sosial, hakikatnya, hati Anita dan anak-anak sesekali rapuh. Dua minggu pertama pemergian Allahyarham Ismadi dianggap getir.

“Saya alami rindu yang tidak tertahan kepada suami sehingga seperti orang gila. Setiap hari pada jam 6 pagi, saya bangun dan buka semua pintu, tingkap, lampu dan jeriji besi kerana rasa terkurung dan lemas.

“Setiap jam enam petang, saya duduk menangis di hadapan rumah. Saya cuba tidak menangis kerana penat dan tidak mahu berkabung lama-lama.

Anita berkongsi foto sambutan hari jadi anak, Syifa Dhia (kanan) bersama arwah suami di Instagram (IG). Foto IG Anita Baharom
“Namun, sukar untuk saya bendung rasa rindu dan sunyi,” katanya kepada BH Online.

Sejak pemergian suaminya, Anita dan anak-anak iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8, masih belum ‘kuat’ untuk tidur di bilik yang terletak di tingkat atas kediaman.

Sebaliknya, mereka lebih selesa tidur di ruang tamu.

Anita berkongsi, setiap kali memanjat tangga yang dihiasi gambar suami pada dinding, Anita menyebut nama suaminya seolah-olah arwah masih hidup.

“Setiap hari saya dan anak-anak akan bercakap mengenai arwah atau kami akan meniru gaya arwah bercakap.

“Ketika suami masih hidup, arwah yang bangun menyediakan sarapan jika saya tidak sempat. Arwah juga membancuh air Milo untuk saya.

“Jadi, saya dan anak-anak sentiasa teringat perbualan kami bersama arwah. Itulah yang menjadi kenangan dan pengubat rindu kami terhadapnya,” katanya.

Anita berkata, kebimbangannya agar anak-anak tidak mengalami nasib sama sepertinya yang hilang bapa ketika berusia 12 tahun, menjadi nyata.

“Beberapa bulan sebelum kepulangan suami ke Rahmatullah, saya bawa anak sulung ziarah kubur arwah bapa.

“Saya ceritakan bagaimana peritnya kehilangan bapa pada usia kecil. Tidak sangka pula anak-anak melalui keadaan sama.

“Ibu hilang suami ketika berusia 40-an. Tidak sangka rupa-rupanya, saya ikut jejak langkah ibu hilang suami pada usia muda, malah, lebih muda daripada ibu,” katanya.

Sebelum pemergian suami yang juga penerbit, Anita mendakwa mimpi hilang semua gigi. Ketika itu, Anita menyangka bakal kehilangan ibu yang ketika itu uzur.

Anita berkata, biarpun dijangkiti kencing manis hingga ibu jari kiri terpaksa dipotong, arwah suami sihat sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Sebenarnya, banyak petanda suami akan tinggalkan kami tetapi saya tidak perasan.

“Antaranya, suami tidak bersetuju menjual rumah yang kami diami. Arwah kata bukan mudah untuk membeli rumah baharu ketika hartanah semakin mahal.

“Arwah juga selalu meminta saya menunggunya hingga mati. Ketika menyaksikan persembahan Aina Abdul, baru-baru ini, di mana suami menjadi pengurus pentas acara itu, saya tergerak hati merakamkan video.

“Tidak sangka itu rakaman video terakhir arwah yang saya simpan,” katanya.

Anita berkata, dia perlu keluar bekerja demi mencari pendapatan.

“Dua teman rapat menawarkan diri untuk menjaga anak-anak jika saya sibuk dengan penggambaran.

“Saya perlu kembali bekerja kerana saya adalah ayah dan ibu kepada anak-anak. Jika ada yang mengecam saya kerana melanggar tempoh edah, terpulanglah.

“Jika saya tidak keluar bekerja, siapa yang akan memberi makan dan melangsaikan komitmen bulanan saya,” katanya.

Suami Anita Baharom meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu
PELAKON Anita Baharom berkongsi berita duka apabila suaminya, Ismadi Ismail, 50, meninggal dunia di rumah mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi, Sabtu.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu.

Anita memaklumkan berita pemergian suami tercinta melalui Instagram.

“Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Ismail menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).

“Mohon doa daripada saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya di Instagram.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:Trending Sangat

Be the first to comment on "Lebih Sebulan Su4mi Meningg4l Dvnia Dlm Tidvr Di Ruang Tamu, Anita Baharom Bagithu Apa Yg Berl4ku Kepada Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*