‘Sempat Makan Laksa Johor & 14 Jam Layan Kontraksi’ – Neelofa Kongsi Detik Manis Sebelum Lahir Muhammad Bilal

Sudah 10 hari bergelar ibu, selebriti popular Neelofa sedang mengecapi proses berpantang di rumah ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Berkongsi detik sebelum melahirkan Muhammad Bilal, Neelofa, 33, menyatakan dia tidak dapat membezakan sakit kontraksi dengan senggvgut kerana kes4kitan yang dirasai hampir sama.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor memberitahu ketika itu dia masih tidak percaya akan bersalin biarpun sudah dimasukkan ke ‘labour room’.

Masa ni macam tak percaya dan tak boleh digest, betul ke sakit nak beranak ni. Sebab macam lebih kurang senggvgut ja.

Haris balik kerja malam tu, terus dia cakap jom kita pergi hospital and I was like.. Yeke sayang? Kot false alarm. Jadi saya mula record setiap kali sakit.

So by 1 am saya dah terbaring di labour room. Masih clueless, ‘betul ke dah nak beranak ni?’

Pak ustaz (Haris) buat solat sikit sambil tunggu doktor. Masa ni sampai-sampai dah 2cm (bukaan). Teman suami makan sarapan, masa ni dah lebih 8 jam layan kontraksi.

Selamat melahirkan Bilal pada pukul 3.44 petang, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot bersyukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab yang setia menemaninya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh نور نيلوفا (@lofa.page)

Dan 6 jam kemudiam, jam 3.44 pm, Allah mudahkan segalanya dah Bilal dilahirkan dengan selamat. Terima kasih suamiku, sentiasa ada di sisi.

Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi itu antara hari-hari terindah bersama suami sepanjang berkahwin.

Selain itu, bekas hos program MeleTOP ini memberitahu laksa Johor adalah makanan terakhir yang sempat dijamah sebelum dia berpantang.

Terdahulu, tiga hari selepas bersalin, Neelofa berkongsi berita gembira yang dia selamat melahirkan anak sulung pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Komen Netizen:

Sumber: Instagram @neelofa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "‘Sempat Makan Laksa Johor & 14 Jam Layan Kontraksi’ – Neelofa Kongsi Detik Manis Sebelum Lahir Muhammad Bilal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*