Dikec4m Rumah H4nyut B4njir Sebab Bal4san Tvhan. Ini Reaksi ‘Humble’ Ebby Yus

 

 

Pelawak Ebby Yus tidak berkecil hati apabila segelintir warganet menyifatkan musibah menimpa penggiat seni dalam bncana banjir sebagai pembalasan Tuhan.

Bersikap terbuka menelan apa sahaja kcaman diIemparkan, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, memaafkan mereka yang meIemparkan tud0han begitu.

“Jika itu yang mereka andaikan, saya terima sahaja kata-kata mereka tanpa simpan dalam hati.

“Sama ada mereka memang bermaksud begitu atau tidak, saya sudah memaafkan diri mereka,” katanya kepada BH Online selepas meninjau tinggalan rumah yang dihanyutkan arus di Kampung Paya Lebar.

Sabtu lalu, pelakon sitkom J.K.K ini ditimpa musibah apabila mahligai dibina hasil titik peluh lebih tiga dekad dalam dunia seni, musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras.

Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dilaporkan dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby kerugian hampir RM200,000.

Biarpun ramai bersimpati dengan nasib pelakon filem This Is Pilah The Movie ini, namun, tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakan Ebby membina rumah di kawasan berbhaya.

Mengulas perkara itu, Ebby menafikan lokasi kediamannya itu sebagai berisik0.

“Saya pilih kawasan ini untuk membina rumah bukan sahaja kerana suasana yang cukup tenang, malah cantik.

“Walaupun ada sungai tapi tidaklah besar. Lagipun, saya sudah bertanya kepada tuan punya tanah mengena latar belakang kawasan ini dan dia maklumkan lokasi ini selamat.

“Saya anggap apa yang berlaku ini adalah takdir. Tidak perlu hendak tuding jari pada sesiapa. Kalau sudah hendak terkena, rumah atas bukit pun boleh dilanda banjir,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ebby mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) atas keprihatinan mereka membantu.

“Saya juga banyak menerima kiriman mesej peribadi daripada rakan artis dan pelbagai pihak yang melahirkan hasrat untuk membantu saya.

“Jika bantuan itu dari FINAS dan SENIMAN, saya akan terima kerana ada kaitan dengan kerjaya seni saya.

“Tetapi jika membabitkan rakan artis atau perseorangan, saya agak keberatan kerana mereka juga ada tanggungan.

“Jangan susahkan diri kerana saya. Selagi saya cukup makan, maknanya saya masih okay,” katanya.

 

 

Sumber:MYKMU, BH Online

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : dnq.pw

Be the first to comment on "Dikec4m Rumah H4nyut B4njir Sebab Bal4san Tvhan. Ini Reaksi ‘Humble’ Ebby Yus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*