‘Jumpa Tahun Depan Sayang’- Demi Masa Depan Isteri Ham1l 6 Bulan Seb4k Hantar Suami

Tak dinafikan, perkahwinan jarak jauh (PJJ) bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang besar terutamanya bagi pasangan yang perlu berjauhan dalam tempoh waktu yang lama atas faktor kerja.

Namun, perasaan rindu terhadap pasangan terpaksa dikorbankan demi masa depan yang lebih cerah untuk keluarga tersayang.

Isteri hamil 6 bulan terpaksa PJJ dengan suami

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita Hasbiy Fatiey di TikTok, berkongsi momen yang tidak boleh dilupakan olehnya apabila dia perlu berjauhan dengan suami tersayang selama enam bulan.

Difahamkan suaminya itu dapat panggilan menjalani latihan rekrut polis di Pulapol Kuala Lumpur. Meskipun si isteri sedang s4rat h4mil enam bulan namun dia terpaksa berkorban demi keluarga kecil mereka.

Hari ini hantar suami pergi Pulapol Kuala Lumpur.

6 bulan nak masuk 7 bulan dah. Due 17/2.2022.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan kedua-duanya saling berpelukan dengan erat untuk kali terakhir. Lebih sebak lagi apabila si suami kelihatan tidak henti mengusap serta mengucvp pervt isterinya.

6 bulan. Rezeki baby kami. Jumpa lagi tahun depan sayang. I love you so much.

Video berdurasi 36 saat itu meraih lebih 286 ribu tontonan dan mendapat lebih 24 ribu tanda suka.

‘Rezeki baby kami’

@tieyyyyyyy

Harini hantar suami pergi pulapor Kuala Lumpur , 6bulan ❤️ rezeki baby kami. 😭jumpa lagi tahun depan sayang ❤️😭😭iloveyou so much ##fyp ##capcut #

♬ bunyi asal – hasbiyFatiey

Menjengah ke ruangan komen , rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan berkenaan dipermudahkan. Malah ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman mereka sebagai pasangan PJJ.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : tieyyyyyy

Be the first to comment on "‘Jumpa Tahun Depan Sayang’- Demi Masa Depan Isteri Ham1l 6 Bulan Seb4k Hantar Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*