“Kalau Dia K4hwin Itu Benda Baik” – Shahir Doa Kebahagiaan Erra Fazira, Kali Terakhir Berhvbung Pada …

Penyanyi Shahir Zawawi mendoakan kesejahteraan bekas kekasihnya, aktres Erra Fazira seandainya benar sudah mengahwini seorang ahli politik seperti yang dihebohkan sebelum ini.

Jelas Shahir, 33, dia tidak terkejut mahupun kec3wa, malah tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan Erra.

“Saya tak pasti dan tak tahu kesahihan gosip itu tapi memang ada dengar-dengar juga. Sebenarnya saya sibuk dengan urusan kerja saya.

“Jadi saya pun tak pasti sebab kadang-kadang cerita yang keluar tu pun ada orang yang sampaikan kepada saya. Bagi saya, kalau dia kahwin, benda itu baik.

“Bukannya kena tangk4p… kalau benda baik, tak perlu terkejut. Yang penting doa yang baik-baik. Saya tidak berasa kec3wa malah mendoakan kebahagian dia.

“Kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang dan bila sesuatu perkara baik terjadi pada dia, sudah tentu kita patut gembira,” katanya

Shahir ditemui di majlis pelancaran program realiti Al-Hijrah di Oakwood Hotel & Resident, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sekitar awal Oktober lalu, timbul gosip mendakwa Erra sudah menjadi isteri kepada seorang ahli politik dari Perak.

Kontroversi ini mula bertiup kencang apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mendakwa primadona filem Melayu itu sudah menjadi isteri kedua ahli politik itu.

Bagaimanapun Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, menegaskan dirinya masih bergelar ibu tunggal dan memohon orang ramai agar berhenti membicarakan soal statusnya.

Sementara itu, Shahir mengakui masih berhubung dengan Erra atas dasar kawan rapat dan perbualan mereka tidak pernah menyentuh isu peribadi atau bertanyakan kesahihan gosip itu.

“Kali terakhir kami berbual-bual sekitar tiga hari lalu tapi saya tidak pula bertanyakan fasal gosip itu,” katanya.

Dua tahun lalu, Erra pernah membuat pengakuan hubungannya dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu sudah berakhir namun masih bersahabat baik.

Shahir bakal tampil dengan single terbaharu selepas tamat rancangan realiti pertandingan nyanyian yang berentap bersama Datuk Nash, Iwan Shahman, Mark Adam, Pangeran Adam, Zaf VE, Zack Kool dan Rahmad Mega.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Kalau Dia K4hwin Itu Benda Baik” – Shahir Doa Kebahagiaan Erra Fazira, Kali Terakhir Berhvbung Pada …"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*