“Akak jawab mata adik dekat syurga, Allah simpan” – Ibu tunggal sanggup buat apa saja demi anak h1dap k4nser… tabah walau cuti dah habis, gaji kena pot0ng

MENGGALAS tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal bukanlah tugas yang mudah apatah lagi jika ada anak yang mengh1dap peny4kit kritikal serta memerlukan penjagaan khusus.

Namun Normalina Mokhtar, 39, sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anaknya, Nurul Azalieya Mohd Fazli yang disahkan meng1dap b4rah m4ta atau retinoblastoma mendapat penjagaan terbaik.

Bertugas sebagai seorang Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Jempol, Negeri Sembilan, Normalina kini terpaksa mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga anak bongsunya yang berusia tiga tahun itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Berkongsi kisahnya dengan mStar Normalina berkata, anaknya disahkan mengh1dap b4rah pada mata sebelah kanan ketika dia berusia satu tahun 11 bulan.

“Perasaan saya sebagai seorang ibu masa tu mestilah sangat s3dih.

“Rasa macam dunia ni gel4p, str3s… hanya Allah yang tahu,” katanya yang mempunyai dua orang lagi anak yang berusia 12 dan lapan tahun.

Aza disahkan mengh1dap b4rah mata ketika usianya satu tahun 11 bulan.

Katanya, dia mula sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan mata anaknya itu apabila dia terlihat warna pelik dalam mata hitamnya setiap kali terkena lampu.

“Bar4h mata untuk budak ni susah nak tahu dari awal sebab budak-budak tak pandai beritahu yang dia s4kit, tau-tau dah tervk sampai kena bu4ng mata.

“Anak akak ni akak mula per4san mata dia mula-mula jvling lepas tu ada warna pelik dalam mata hitam bila terkena cahaya lampu,” katanya.

Cahaya di mata hitam Aza yang hanya kelihatan apabila terkena cahaya lampu.

Menurut Normalina, Azalieya yang mesra dipanggil Aza kini perlu menjalani raw4tan kim0terapi di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur selepas dia menjalani pembed4han membvang mata kanannya pada 1 Oktober lalu.

“Sebagai ibu tunggal, akak terpaksa mengalas dua tanggungjawab iaitu sebagai frontliner dan sebagai seorang ibu.

“Akak duduk di Negeri Sembilan jadi agak jauh terpaksa berulang tiga minggu sekali ke HTA sebab dekat sana sahaja yang ada kepakaran untuk kanak-kanak seperti Aza memandangkan dia masih kecil.

“Akak akan memandu sendiri ke HTA, akak terpaksa ambil cuti yang lama untuk jaga anak sampai bila habis cuti, gaji kena potong,” katanya sambil menambah anaknya juga perlu melakukan pemeriksaan di klinik mata setiap tiga bulan, juga di HTA.

Normalina terpaksa mengambil cuti untuk menjaga Aza.

Menurut Normalina, dia kini terpaksa mengambil cuti separuh gaji bagi menjaga Aza yang perlu menjalani sembilan sesi kimoterapi yang dijangka mengambil masa selama enam bulan.

“Sekarang akak ambil cuti separuh gaji sebab anak baru lepas kimoterapi 2 November hari tu, dia tidur malam akan terjaga, meragam jadi akak kena ada di sisi Aza.

“Dia kadang menang1s sebab ada uIser dalam mvlut, makan minum tak nak sebab sak1t.

“Dia baru sekali je buat kimoterapi ada lagi lapan nak tempuh, Allah, rasa tak sanggup tengok anak dalam kesak1tan,” katanya.

Aza pernah bertanyakan tentang mata kanannya yang sudah tiada.

Menurut Normalina, anaknya itu pernah bertanyakan mengenai keberadaan mata kanannya yang terpaksa dikeluarkan ak1bat b4rah yang sudah pun mereb4k.

“Doktor kata tak boleh selamatkan mata dia sebab barahnya agresif, cepat sangat merebak, memang macam-macam kaedah dah buat tapi tak berjaya jadi kena keluarkan mata Aza untuk selamatkan ny4wa dia.

“Bila dia tanya pasal mata dia mana, akak jawab mata adik Aza dekat syurga, Allah simpan,” jawabnya.

Aza selepas menjalani pembed4han membvang m4ta kanannya.

Aza kini terpaksa menggunakan mata palsu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Normalina dan adik Aza bolehlah menghubungi Normalina di talian 017-697 9862.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "“Akak jawab mata adik dekat syurga, Allah simpan” – Ibu tunggal sanggup buat apa saja demi anak h1dap k4nser… tabah walau cuti dah habis, gaji kena pot0ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*