“Ini Baru Orang Kaya Ada Standard…” -Tokti Pakai Jam Tangan Bernilai RM1 Juta?

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan ramai apabila hadir ke Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dengan menggayakan jam yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi babak Siti atau lebih mesra disapa sebagai Tokti menghadiri pertunjukan fesyen rekaan Rizman Ruzaini.

Pada perkongsian berdurasi 21 saat itu, Tokti melambai pada kamera telefon pintar teman di sebelahnya sambil kelihatan jam mewah daripada jenama Richard Mille di tangan kanannya.

Jam tangan mewah bertali merah serta bertatahkan berlian itu dianggarkan berharga RM1.1 juta.

@tarmizie_official

The End (Kuala Lumpur Fashion Week 2021) 👏🏻 ##klfw ##klfw21 ##klfw2021 ##ctdk ##fyp ##fypシ ##fypage ##rizmanruzaini ##foryoupage ##ctzone @toktitiktok

♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji sikap Tokti yang tidak pernah menunjuk dan riak dengan barangan mewah dipakainya.

Menurut mereka, setakat ini Tokti belum pernah berbangga menayangkan harga-harga barangan mewah yang dimiliki melainkan hasil carian dan kajian oleh peminatnya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 150,000 tontonan daripada warga TikTok.

Selain Tokti, jam tangan mewah buatan Swiss itu juga pernah dipakai oleh beberapa selebriti ternama seperti Cristiano Ronaldo, Kylie Jenner, Tan Sri Michelle Yeoh, Jackie Chan, Ed Sheeran dan ramai lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Ini Baru Orang Kaya Ada Standard…” -Tokti Pakai Jam Tangan Bernilai RM1 Juta?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*