Pak Ishak meningg̷al duni̷a

ALOR SETAR – Pesakit strok, Ishak Darus, 77, atau Pak Aq yang menjadi bualan hangat netizen selepas dibantu penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew meninggal dunia kira-kira jam 8.30 pagi tadi di kediamannya di Taman Uda, di sini.

Menurut isterinya, Jamaliah Rejab, 54, Pak Aq menunjukkan dadanya yang sakit dengan melurut tangan pada bahagian itu kira-kira jam 7 pagi tadi.

Selain itu katanya, arwah juga dilihat tidak berselera makan sejak beberapa hari lalu.

“Jadi, kami ingatkan suami tidur seperti biasa pagi tadi dan hanya mengetahui arwah sudah tiada apabila dia tidak menunjukkan reaksi dan dimaklumkan makcik yang datang mencuci luka kaki saya akibat kencing manis.

“Sejak kami berpindah dari Lorong Gedebang ke rumah baharu di Lorong Fajar, arwah hanya tidur sepanjang hari, kurang bercakap dan hanya mampu berkomunikasi menggunakan isyarat tangan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, dalam hantaran di Facebooknya, Ebit turut melahirkan kesedihan atas pemergian Pak Aq dan mendoakan arwah diampuni serta dicucuri rahmat atas dirinya dan keluarga warga emas itu.

Beliau berkata, arwah Pak Aq pernah berkongsikan beberapa hajat untuk menyediakan tempat tinggal selesa buat isteri, anak serta cucunya, selain berhasrat menghantar cucunya ke tahfiz dan sekolah yang lebih baik.

Pada hantaran sama, Ebit turut berterima kasih penduduk setempat, ahli jawatankuasa masjid dan semua pihak yang membantu menguruskan pengebumian Pak Aq hari ini.

Sebelum ini, kisah Ebit membantu keluarga warga emas pesakit strok di sebuah rumah usang di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, di sini tular di laman sosial.

sumbER:wowberita

Perhatian! Pihak mymetro.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Pak Ishak meningg̷al duni̷a"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*