Lelaki Tiru Gaya Bapa2 Masa Hujung Minggu, “Dia Ni Bapak Aku Ke…”

 

 

Kalau bercakap tentang gaya bapa-bapa di rumah, mesti ramai yang cukup kenal dengan perangai bapa mereka yang kadang-kadang sama dengan bapa yang lain. Macam yang dikongsikan lelaki ini yang cuba melakonkan semula gaya bapa-bapa pada setiap hujung minggu.

Biasanya pada waktu hujung minggu lah masanya untuk bapa-bapa sibuk memeriksa apa yang ros4k di rumah dan menggantikannya. Lakonan semula daripada lelaki ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya apabila ramai yang dapat relate dengan situasi yang dikongsikan.

@thorusss

Dia punya kelam kabut takleh terima.

♬ original sound – thorusss

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan gelagat bapa-bapa setiap kali hujung minggu tiba. Antara aktiviti yang selalu dilakukan ialah memeriksa lampu di rumah sekiranya ada mentol yang perlu ditukarkan.

Lebih mencuit hati, lelaki itu siap melakonkan gaya bapa-bapa yang selalunya akan menerjah masuk bilik anak-anak untuk memeriksa lampu dan sebagainya. Bukan itu sahaja, lelaki itu kemudian melakukan aktiviti mengemas rumah dengan gaya yang selalu dilakukan golongan bapa-bapa.

lelaki

Lebih mencvit hati, kesemua gaya yang dikongsikan ini sama dengan yang selalu dilihat pada setiap bapa ketika mereka mengemas rumah. Malah netizen juga turut sama bersetuju bapa mereka juga sering melakukan perkara yang sama seperti yang dikongsikannya ini.

Di ruangan komen, netizen turut berdekah melihat lakonan semula dari lelaki ini. Ada juga yang berseloroh mungkin juga semua bapa mempunyai per4ngai yang sama di rumah terutamanya setiap kali mengemas rumah.

“Kesian juga aku tengok ayah aku buat semua kerja jadi aku tidur sampai 12 tengahari supaya tak kesian.”

lelaki tiru gaya

“Dia ni bapak aku ke…”

bapa-bapa

“And semua scene ni, anak anak sedang tidur.”

komen

“Kalau aku, aku yang kena buat semua tu ayah aku lepak…”

tik tok

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Lelaki Tiru Gaya Bapa2 Masa Hujung Minggu, “Dia Ni Bapak Aku Ke…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*