Suami Keluar Belajar Ilmu Agama, Mawar Rashid Luah Rasa Rindu

 

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa sebak dan rindu terhadap suaminya, Raf Yaakob yang keluar beberapa hari untuk mendalami ilmu agama.

Mawar turut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana suaminya antara insan terpilih untuk mendekati Yang Maha Esa dan Rasulullah SAW.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

“Hari ini rasa sebak dan dalam masa sama rasa syukur terharu suami keluar menuntut ilmu agama Islam. Terima kasih ustaz Ebit Lew sebab jemput suami Mawar ke tempat menuntut ilmu.

“Ingat lagi dia cakap, apa-apa saja untuk menambah baikkan perihal keluarga, apa sahaja untuk pahala dunia akhirat, dia akan pergi sebab nak bimbing isterinya ke jalan Allah,” tulisnya.

Perkongsian Mawar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan pasangan itu serta menyifatkan pelakon itu sangat beruntung kerana memiliki suami seperti Raf.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Suami Keluar Belajar Ilmu Agama, Mawar Rashid Luah Rasa Rindu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*