779 Guru Tolak V4ksin Telah Menghadap TMJ, Ini Jawapan Yang Diberikan

 

 

Isu penolakkan v4ksin oleh seramai 779 guru di Johor menarik perhatian Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Menerusi komen yang di balas di akaun Twitternya, baginda berkenan untuk bertemu dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor serta guru-guru yang menolak suntik v4ksin4si tersebut.

Baginda bagaimanapun telah bertemu dengan guru-guru yang terlibat di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan hari ini.

Dalam pertemuan yang turut disertai oleh YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, serta YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, guru-guru tersebut telah memberi sebab keengganan mereka untuk menerima v4ksin tersebut.

Seramai 396 guru menolak pemberian suntikan v4ksin kerana mempunyai ker4guan terhadap v4ksin itu.

Perkara itu dimaklumkan di akaun Facebook rasmi baginda.

Manakala bilangan guru yang selebihnya memilih untuk menangguhkan pengambilan suntikan tersebut atas faktor-faktor mempunyai alahan, mengandung serta faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pertemuan tersebut bagaimanapun membuahkan hasil apabila sebilangan guru kini bersetuju untuk mendaftar sebagai penerima v4ksin.

Baginda yang turut berkongsi infomasi mengenai keadaan semasa CVD-19 bersama warga pendidik tersebut turut menasihati guru-guru agar sedar akan tanggungjawab mereka untuk menjadi contoh teladan yang baik.

Bagi turut berharap para guru akan terbuka untuk menerima suntikan v4ksin sebelum sesi persekolahan dibuka sebagai inisiatif untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat di negeri itu.

 

Sumber: OMM

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : motifviral

Be the first to comment on "779 Guru Tolak V4ksin Telah Menghadap TMJ, Ini Jawapan Yang Diberikan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*