Doktor hiba lihat bayi hilang ibu bapa akibat Covid-19

PETALING JAYA – Seorang doktor berkongsi kisah sedih melibatkan bayi yang kehilangan ibu atau bapa akibat c0vid-19 terpaksa tinggal di hospital kerana tiada sesiapa boleh menjaga mereka.

Beliau yang menggunakan akaun Facebook bernama Emi Alias berkata, kisah pertama melibatkan bayi berusia 7 hari yang baru kemat!an bapa kerana dijangkiti koronavirus tahap 3 manakala ibunya tahap 5 masih diintubasi.

“Keputusan ujian calitan bayi sebanyak dua kali negatif. Bayi dalam keadaan baik. Anak-anak lain nenek yang jaga. Menurut pegawai perubatan tidak pasti neneknya boleh menjaga bayi ini atau tidak,” tulisnya dalam hantaran yang dikongsi lebih 3,400 kali.

Seorang lagi melibatkan seorang bayi pramatang berusia tujuh hari dengan ibunya yang menghidap c0vid-19 tahap 5 baru meninggal dua hari sebelum itu sementara bapanya sedang dikuarantin bersama empat anak lain.

Satu lagi kisah sedih seorang bayi pramatang yang disahkan meninggal dunia dalam kandungan yang kemudiannya ibunya pula menemui ajal beberapa jam kemudian akibat c0vid-19 tahap 5.

Babak kelima melibatkan tiga beradik menghidap c0vid-19 tahap 1 yang datang dengan bapa mereka tetapi kesihatan bapanya merosot dan terus ditahan di wad manakala ibunya sedang diintubasi.

“Banyak lagi senario lebih kurang begini cuma, perinciannya sahaja berlainan. Tetapi rasa sedih dan terkilannya sama.

“Buat round (lawatan dan pemeriksaan di wad) sekarang lebih ramai merenung anak-anak yatim atau yatim piatu akibat c0vid-19,” katanya. 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : – K! ONLINE

Be the first to comment on "Doktor hiba lihat bayi hilang ibu bapa akibat Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*