“I Dah Tak Cantik, Nanti Y0u C4ri 0rang lain” Trag3di Ng3ri Selepas Setahun K4hwin…

 

 

IBARAT diberi peluang hidup kedua, sepasang suami isteri terselamat daripada kemalangan ngeri selepas baru setahun mendirikan rumah tangga.

Kejadian enam tahun lalu itu masih berbekas dalam ingatan kedua-dua mereka apabila dimasukkan ke hospital selama 42 hari.

Kesannya juga dirasai sehingga kini apabila baki ‘kerangka besi’ masih berada dalam tubuh mereka yang kini meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nur Syahirah Esmadee memberitahu, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Perodua Perdana yang dipandu suaminya dan sebuah van ketika dalam perjalanan dari Mersing ke Kulai di Johor, pada 14 Oktober 2015.

Wanita berusia 31 tahun itu berkata, dia mengalami kecederaan parah di muka, tangan dan paha, manakala suaminya juga patah paha, selain mengalami cedera parah di tangan dan kaki.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sepanjang 42 hari di hospital, kami berdua masing-masing menjalani tiga pembedahan. Enam hari pertama, suami ‘ditidurkan’ di ICU (unit rawatan rapi).

“Saya di wad tanya keluarga mana suami… “mereka kata jangan risau, okay, ada kat tempat lain”. Saya tak dapat fikir masa tu kerana belum cukup stabil,” katanya kepada mStar.

Kereta yang dinaiki Manshah dan Syira bertembung dengan sebuah van.

Suami Nur Syahirah, Muzzalman Shah Ismail Muzani berkata, dia hanya sedar pada hari ketujuh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

Juruterbang berusia 47 tahun itu dimaklumkan dia bertarung nyawa di ICU apabila jantungnya berhenti berdegup selama 55 minit.

“Alhamdulillah, saya masih bernafas. Hari ketujuh tu baru saya berjumpa dengan isteri saya… dapat lihat wajahnya menangis,” katanya yang lebih mesra disapa Manshah.

Kesan kecederaan yang dialami pasangan ini selepas kemalangan.

Nur Syahirah atau Syira berkata, kemalangan itu juga memberi cabaran dan dugaan besar di awal perkahwinan mereka yang ketika itu belum dikurniakan cahaya mata.

“Kecederaan teruk di muka menyebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri. Kecederaan teruk yang dialami suami pula boleh mengakibatkan dia hilang kerjaya sebagai juruterbang.

“Suami tak boleh kerja selama 16 bulan untuk recovery. Kami pergi menjalani fisioterapi sama-sama setiap minggu,” katanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Beremosi kerana kesan parut di muka, Syira mengakui bimbang suaminya akan berubah hati.

“Saya rasa diri tak cantik. Saya sendiri cakap kat suami, I dah tak cantik, pakai kerusi roda pula tu… nanti you cari orang lain,” tambahnya.

Sewaktu membuang sebahagian ‘besi’ dalam badan, pada Oktober 2020.

Menurut Manshah, sepanjang tempoh pemulihan itu juga memainkan peranan buatnya untuk menaikkan semangat isteri.

“Sebelum kahwin, mungkin terfikir pasal rupa. Tapi bila dah kahwin, dah jadi suami, saya bersama dia sebab hati.

 

“Setiap kesukaran harus ditempuhi bersama. Cinta dan kasih sayang bukan berdasarkan kebendaan tapi keikhlasan hati menerima antara satu sama lain”

SYIRA

 

“Muka isteri macam mana pun, dia tetap di hati saya. Bila dah kahwin… kena terima baik dan buruk pasangan tu. Tempoh 16 bulan kami pergi mana-mana bersama, tunjuk kasih sayang.

“Sebenarnya, kasih sayang kami lebih dari zaman bercinta. Alhamdulillah, saya dapat mengembalikan keyainan isteri,” katanya sambil menambah isterinya turut menjalani rawatan susulan berikutan kesan kecederaan pada muka.

Manshah dan Syira  dikurniakan dua cahaya mata.

Dalam pada itu, Syira yang merupakan suri rumah berkata, perkongsian kisah mereka untuk memberi inspirasi kepada pasangan berkahwin yang berdepan dengan cabaran dan dugaan ketika pandemik.

“Kena susah dan senang sama-sama. Setiap kesukaran harus ditempuhi bersama. Cinta dan kasih sayang bukan berdasarkan kebendaan tapi keikhlasan hati menerima antara satu sama lain,” katanya sambil menambah mereka kini dikurniakan dua cahaya mata.

 

Sumber: mStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : rosemerah

Be the first to comment on "“I Dah Tak Cantik, Nanti Y0u C4ri 0rang lain” Trag3di Ng3ri Selepas Setahun K4hwin…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*