“Kalau Boleh Tak Mahu Dihebohkan” -Syafiq Farhain Bagi Penjelasan Isu Kekasih Hati

Penyanyi Syafiq Farhain mendedahkan bahawa hatinya sudah berpunya naum enggan berkongsi lanjut mengenai wanita pilihannya itu.

Ujar Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim, dia lebih selesa menjalani kehidupan bercinta secara santai atau ‘relaks’.

Menafikan bahawa dia berahsia dan enggan memaklumkan statusnya yang terkini, Syafiq berkata dia lebih suka orang mengenalinya atas sebab kerjaya.

“Ya memang saya sudah ada kekasih. Saya bukan nak berahsia dan tak nak beritahu, cuma lebih suka relaks saja. Kalau boleh tidak mahu hebohkan bagi tahu sudah ada kekasih. Saya lebih berkongsi perkara lain seperti kerjaya.”

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku turut berkongsi mengenai hubungannya kini bersama ibu tiri, Juriah@Julia Bachok setelah pemergian bapanya, Allahyarham Saleem semenjak tahun 2018 yang lalu.

Jelas Syafiq, hubungan dia dengan ibu tiri baik-baik sahaja dan ada berhubung meskipun tidak kerap.

Perkembangan terkini, penyanyi itu kini terlibat sebagai penghibur dalam pertandingan E-Sukan Mobile Legend, Anonymoz Merdeka Challenge yang bakal diadakan pada 29 sehingga 31 ogos ini secara dalam talian.

 

 

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: beautifulnara

Be the first to comment on "“Kalau Boleh Tak Mahu Dihebohkan” -Syafiq Farhain Bagi Penjelasan Isu Kekasih Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*