“Thank you Ni sentiasa ada di sisi Sabri” – PM pamer sisi romantis, kongsi nukilan khas buat suri hati

 

 

DI sebalik kejayaan seorang lelaki, berdiri seorang wanita di belakangnya.

Begitu juga dengan Perdana Menteri negara yang kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kelihatan begitu menghargai isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Beliau pada pagi Ahad berkongsi satu nukilan khas buat ‘kekasih hatinya’ itu menerusi laman Instagram sehingga ia mencvri perhatian rakyat Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

“Isteri saya orang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengannya ketika saya berumur 19 tahun.

“Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga,” imbas Ismail Sabri.

Jelas beliau, isterinya merupakan individu yang tidak gemar menjadi perhatian ramai dan jarang membuat kemunculan di khalayak ramai.

Dalam posting sama, Ismail Sabri turut menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya yang sentiasa berada di sisi sejak dulu hingga kini.

pm dan isteri

Ismail Sabri meluangkan masa bersama isteri tercinta.

“Nani adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sebab tu jarang sangat nampak dia.

“Thank you Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehinggalah ke hari ni. Susah senang bersama,” tulis beliau.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan dan doa buat pasangan itu.

Untuk rekod, Ismail Sabri secara rasmi diangkat menjadi perdana menteri pada Sabtu selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Umno menerima perkenan Agong untuk dilantik mengisi jawatan itu selepas memperoleh 114 sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Thank you Ni sentiasa ada di sisi Sabri” – PM pamer sisi romantis, kongsi nukilan khas buat suri hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*