Asyik kalah main gvsti lengan, ‘pemuda tak sado’ ini gigih training sampai mampu tarik bas 18 tan… kini sasar gerakkan kapal terbang pula

SIAPA kata berat badan ‘berlebihan’ tidak mampu melakukan senaman angkat beban atau pull up?

Seorang pemuda yang mempunyai berat badan 135 kilogram dapat membuktikannya dengan membuat senaman itu berulang kali,

“Aku buat tiga dah pancit, berat baru 55kg,” tulis seorang netizen di ruangan komen menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok milik lelaki itu.

Pemuda berkenaan, Mohd Fazim Ahmad berkata, dia membuat video tersebut selepas terbaca status yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang mengatakan hanya mereka yang mempunyai badan yang ringan boleh melakukan senaman pull up.

Anak muda berusia 25 tahun itu memberitahu, wujud juga tanggapan mereka yang berbadan sasa dan berotot juga boleh melakukan senaman tersebut dengan mudah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebenarnya tak kira berat atau ringan, boleh buat pull up, tapi bergantung kepada kekuatan seseorang untuk mengangkat beban. Tak perlu badan ketul-ketul untuk jadi kuat.

“Bagi memperoleh strength atau kekuatan ni, kita perlu rajin buat latihan. Memang ada kelebihan buat pull up sebab senaman ni cepat untuk bina otot dan kekuatan terutama di bahagian lengan, bicep dan belakang badan,” katanya kepada mStar.

Fazim berlatih mengangkat beban termasuk tayar gergasi.

Fazim yang berasal dari Bangi, Selangor berkata, dia dibesarkan dalam kalangan ahli keluarga yang mempunyai badan bersaiz besar termasuk dirinya sendiri.

“Dulu saya ada perangai bvruk, suka show off kat orang yang dah lama main gim. Macam nak lawan dengan mereka tapi bukan nak jadi sado.

“Ada orang suka show off badan ketul-ketul tapi tak kuat. Jadi, saya masuk gim pada 2013 dengan berat badan saya ketika itu 95kg.

Foto kiri Fazim ketika berat badan 80kg, foto kanan Fazim dengan berat badan 135kg.

“Di sekolah, saya ada seorang kawan yang mempunyai badan sama besar. Setiap kali main gusti lengan dengan dia, saya asyik kalah.

“Saya persoalkan berat kami sama, macam mana boleh kalah? Saya kemudian masuk gim untuk kuatkan badan dan Alhamdulillah selepas enam bulan, saya menang buat pertama kali main gusti lengan dengan dia…. kawan saya tu terkejut,” ujar anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

Bertitik tolak dari kemenangan tersebut, Fazim berasa lebih yakin dan mencuba nasib menyertai beberapa pertandingan yang menguji kekuatan sehingga merangkul tempat ketiga dalam Malaysia Strongestman 2019 (kategori terbuka) ketika berusia 22 tahun.

“Ia merupakan salah satu daripada lima pertandingan yang saya sertai pada 2019. Sepatutnya ada satu lagi pertandingan pada Januari 2020 tapi dibatalkan atas kebimbangan pandemik Cov1d-19 sebelum negara dilaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya.

Fazim (tengah) ketika menduduki tempat ketiga Malaysia Strongestman 2019.

Kekuatan anak muda yang mengambil makanan karbohidrat dan protein ini terserlah apabila berjaya menarik sebuah bas ekspres seberat 18 tan, sejauh 20 meter dengan kiraan masa 36 saat.

Pemuda yang menjadikan pemenang empat kali World’s Strongest Man, Brian Shaw dari Amerika Syarikat itu sebagai inspirasi turut berkemampuan menterbalikkan tayar seberat 450kg.

Fazim menarik sebuah lori dalam satu pertandingan.

Fazim yang kini menyambung pengajian Ijazah Sarjana Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dan bercita-cita untuk menjadi pensyarah itu mahu menetapkan sasaran ‘kekuatannya’ pada masa akan datang.

“Saya mempunyai misi untuk menarik kapal terbang menggunakan kekuatan saya. Saya juga teringin nak tarik kereta kebal dan gerabak kereta api. Semua itu adalah impian saya,” ujarnya yang mahu mengikut jejak langkah rakyat Malaysia, mendiang Letchemanah Ramasamy menarik sebuah kapal terbang.

Pada 1990, Letchemanah yang ketika itu berusia 39 tahun berjaya menarik sebuah pesawat Boeing 737-200 seberat 32,163 kilogram di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor, menggunakan rambut sejauh 39 meter, yang dicatatkan dalam Guinness Book of World Records.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Asyik kalah main gvsti lengan, ‘pemuda tak sado’ ini gigih training sampai mampu tarik bas 18 tan… kini sasar gerakkan kapal terbang pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*