Tular Rakaman Warga Asing Beratur Panjang, SaIah Faham Punca Warga Asing Serbu PPV

Sebelum ini tular video menyaksikan orang ramai yang dipercayai warga asing sedang beratur panjang untuk menunggu giliran bagi mendapatkan vaksin.

Menurut laporan, isu berkenaan sebenarnya berpunca dari salah faham kononnya Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut menyediakan perkhidmatan daftar terus (walk-in) bagi warga asing.

Punca dari salah faham

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Director of Le Maream (@bondaumirahtaib)

Menurut Pengurus Rumah Seasons, pihaknya berasa kes4l dengan apa yang telah terjadi dan akan memastikan kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi.

Ujarnya, pihaknya akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan sebenarnya bagi pengambilan vaksin secara walk-in untuk bukan warganegara adalah di PPV Bukit Jalil.

Akibat salah faham berkenaan berlaku ‘rush crowd’ luar biasa di luar jangkaan pengurusan dan penguatkuasaan. Di peringkat awal, pihak Rumah Prihatin mengambil tindakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuraikan keadaan, namun warga asing ini tetap tidak mahu bersurai, walaupun diberikan arahan dan amaran.

Keadaan menjadi tenang semula

Keadaan tersebut kembali tenang dengan bantuan PDRM dan DBKL dan program vaksinasi berkenaan diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi

Kami ingin menegaskan bahawa Rumah Prihatin hanya menerima pendaftar terus untuk warganegara Malaysia sahaja, dengan keutamaan kepada golongan warga emas, orang kelainan upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan sahaja.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meminta pihak penguatkuasa untuk memastikan keadaan seperti itu berulang lagi.

Sumber : Harian Metro

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : obulan, ig

Be the first to comment on "Tular Rakaman Warga Asing Beratur Panjang, SaIah Faham Punca Warga Asing Serbu PPV"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*