Jue Aziz p0s!t!f C0v!d, mohon doa semua, ampvnkan d0sa beliau

 

PETALING JAYA – Virvs mavt Cvvid tidak mengenal sesiapa. Terkini pelakon Jue Aziz menjadi mangsa terbaharu selepas mengesahkan dirinya p0s!tif.

Jue berkongsi khabar duka tersebut menerusi hantaran terbaharu dalam laman Instagramnya sebentar tadi.

“Salam kesayangan saya semua. Tolong doakan kesihatan Jue. Jue positif C0vid.

“Simptom batuk, demam, sakit kepala, selesama, hilang deria rasa.

“Nak makan dan buang air kecil selalu rasa ngilu. Yang paling tak tahan menggigil sejuk badan sampai ke tulang dan macam demam sakit urat,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 38, turut memohon maaf sekiranya dia ada berbuat salah mahupun secara sengaja atau tidak.

“Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah sama ada sengaja atau tidak. Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas doa-doa kalian,” katanya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut berdoa pelakon filem Hantu Bonceng itu agar diberikan kesembuhan.

Sebelum ini, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Sweet Qismina, Aprena Manrose dan Man Kidal juga pernah disahkan positif C0vid-19.

Hari ini Malaysia mencatatkan 21,688 kes dengan 318 kem4tian k3s baharu C0vid-19. 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : kosmo

Be the first to comment on "Jue Aziz p0s!t!f C0v!d, mohon doa semua, ampvnkan d0sa beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*