Aeril Zafrel p0sitif C0vid-19 kali kedua, Wawa Zainal ‘standby’ alat bantuan pernafasan di rumah

DIJANGKITI vlrus C0vid-19 buat kali kedua Rabu lalu, pelakon Aeril Zafrel kini berada dalam keadaan baik selain selera makannya kembali normal.

Isterinya, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 29, berkata, sebagai langkah berjaga-jaga mereka sudah membeli mesin bantuan okslgen sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecem4san.

“Aeril okay sahaja sekarang dan dia jalani kuarantin di tingkat atas rumah… saya hanya naik tingkat atas untuk hantar makanan pada dia sahaja.

“Saya dan anak-anak hanya berada di tingkat bawah dan tidur pun di sini.

aeril

Wawa dan tiga anak mereka disahkan negatif C0vid-19.

 

“Alhamdulillah setakat ini Aeril tidak mengadu apa-apa tapi saya dah beli mesin bantuan oksigen dan dah letakkan di bilik… saya pun minta dia monitor dengan alat penguji level oksigen,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Aeril memberitahu dia disahkan p0sitif C0vid-19 buat kali kedua pada Rabu lalu.

Pelakon filem Sabda Kekasih itu pernah dij4ngkiti vlrus berkenaan pada Januari lalu selepas berjangklt daripada pengurusnya.

 

Alhamdulillah setakat ini Aeril tidak mengadu apa-apa tapi saya dah beli mesin bantuan oksigen dan dah letakkan di bilik.

WAWA ZAINAL

PELAKON

 

“Hmm, p0sitif C0vid-19 lagi. Tahun ini sahaja dah dua kali kena… padahal duduk rumah sahaja.

“Ada yang macam ni? Duduk rumah pun p0sitif?” kata Aeril sebelum ini.

Sementara itu, Wawa mengesyaki suaminya berkemungkinan dij4ngkiti di Pusat Pemberian Vaksln (PPV) yang dihadiri mereka pada dua minggu lalu.

wawa1

Aeril lepaskan rindu dengan anak-anak menerusi panggilan video.

 

“Saya rasa Aeril mungkin dij4ngkiti ketika kami pergi dapatkan suntlkan vaksln pada 25 Julai lalu.

“Yelah, di situ ramai orang dan kadang-kadang ada orang yang tidak berapa jaga SOP… itu yang saya syak.

“Mungkin kali ini keadaan Aeril tidak berapa tervk sebab dia dah terima suntikan vaksln pertama,” kata Wawa lagi.

Pasangan itu berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, serta Aya Soffya kini berusia setahun.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Aeril Zafrel p0sitif C0vid-19 kali kedua, Wawa Zainal ‘standby’ alat bantuan pernafasan di rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*