“Makan pun sekali je”- Wanita Ini Pakai Korset Setiap Hari Untuk ‘Maintain’ Saiz Pinggang 18 Inci

 

Badan yang langsing dan sihat menjadi impian hampir setiap wanita. Walaupun bukan senang nak capai, namun kalau dah itu yang diimpikan, kena lah sabar untuk diet, bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Namun, buat seorang wanita di Amerika Syarikat ini pula, dia telah sanggup memakai korset untuk mengekalkan saiz pinggangnya yang kecil iaitu hanya 46 sentimeter (lebih kurang 18 inci). Menurut Oddity Central, wanita yang dikenali sebagai An Ky itu dilaporkan mempunyai saiz pinggang yang kecil berbanding wanita-wanita lain.

Wanita yang berusia 26 tahun itu mengatakan dia hanya makan sekali sehari dan dia juga konsisten dalam memakai korset hampir setiap hari untuk mengekalkan bentuk badannya itu. Percaya atau tak, beratnya hanyalah 37 kilogram!

Difahamkan, An Ky merupakan seorang wanita Vietnam yang kini tinggal di Amerika Syarikat dan bekerja sebagai penari sambilan. Badannya yang langsing itu telah mendapat perhatian daripada netizen setelah personaliti TV Vietnam iaitu Thuy Nga telah berkongsi video temu ramahnya dengan wanita itu awal tahun ini di saluran YouTube Thuý Nga Entertainment. 

Thuy Nga kebetulan berjumpa dengan An Ky ketika dia ke sebuah kedai minuman tempat An Ky bekerja. Dalam video YouTube tersebut, An Ky menceritakan bahawa sebelum ini dia akan makan tiga kali sehari namun sekarang dia telah menghadkan pengambilan makanan hanya sekali sehari.

Sebelum ini juga, dia pernah mempunyai berat badan sebanyak lebih 50 kilogram ketika berumur 18 tahun. Dari segi pemakaian korset pula, dia hanya akan membukanya pada waktu malam.

Kalau ada yang tertanya-tanya macam mana wanita ini bertenaga kalau dia cuma makan sekali je sehari, rupa-rupanya An Ky akan pastikan dietnya mengandungi banyak buah-buahan, sayuran dan dada ayam untuk protein.

Tapi, kalau korang nak ikut cara diet dia ni, dapatkan dulu nasihat doktor sebab badan manusia ni berbeza-beza. Tapi min tak sanggup la makan sekali je sehari sebab min cepat lapar. 

 

Sumber: Oddity Central, YouTube Thuý Nga Entertainment

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Makan pun sekali je”- Wanita Ini Pakai Korset Setiap Hari Untuk ‘Maintain’ Saiz Pinggang 18 Inci"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*