Man Kidal dan Isteri P0s!t!f C0v!d, Kini Sedang Jalani Kvar@ntin Di Rvmah

SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha kali ini disambut dengan penuh rasa duka bagi pemain gitar legenda Man Kidal apabila dia dan isterinya, Norlaila Yusof disahkan positif Covid-19.

Menurut anak kepada pemuzik tersebut, Nur Syahira Rahman, 25, ibu bapanya kini sedang menjalani kuarantin di rumah mereka di Damansara, Selangor.

“Mulanya minggu lepas mama demam dan batuk selama dua hari, jadi pada hari ketiga saya minta mama buat swab test dan keputusannya positif.

“Kerana dua orang anak saudara saya tinggal dalam rumah yang sama dengan papa dan mama, mereka juga buat swab test dan Alhamdulillah keputusan mereka negatif,” katanya kepada mStar.

swab

Man Kidal disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian Rapid Atigen (RTK -Ag) pada 19 Julai.

 

Tambah Nur Syahira, beberapa hari selepas itu bapanya pula mengalami gejala Covid-19 dan segera melakukan ujian swab test pada Isnin.

“Papa saya sudah mula demam panas yang agak teruk sehingga menggigil dan hilang selera makan,”.

 

Menceritakan tentang keadaan kesihatan kedua-dua ibu bapanya yang berusia 57 tahun itu, Nur Syahira berkata mereka masih belum stabil.

Bagaimanapun mereka masih menunggu arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) jika Man atau Abdul Rahman Mahmood perlu menerima rawatan lanjut di pusat kuarantin.

169307819_490381652009414_5775005790451822882_n

Shahira memohon agar peminat bapanya menodakan semoga kedua ibu bapanya cepat sembuh.

 

Dalam pada itu Nur Syahira berkata perniagaan menjual kuih tart secara kecil-kecilan yang diusahakan bersama ibunya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PK) tahun lalu terpaksa dihentikan buat seketika.

“Sekarang ni kami adik beradik tolong mana yang mampu. Alhamdulillah ada juga rakan artis yang bantu hantarkan makanan kepada mama dan papa.

“Saya cuma minta kepada peminat papa untuk mendoakan supaya mama dan papa cepat sembuh daripada Covid-19,” katanya.

 

Sumber : mstar

 

 

Be the first to comment on "Man Kidal dan Isteri P0s!t!f C0v!d, Kini Sedang Jalani Kvar@ntin Di Rvmah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*