Betul-Betul “Durian Runtuh”, Menteri Berminat Nak Beli “Durian Tular” Serta Tampung Kos Baiki Cermin Kereta

PETALING JAYA – Jangan terkejvt bila anda melihat seorang lelaki menjual durian kampung sehingga RM500 sebiji di laman sosial.

Ini kerana klip video dikongsi di laman Tiktok milik @juneysbakery itu tidak menggambarkan harga sebenar buah tersebut.

Tetapi, ia adalah harga yang perlu dibayar lelaki itu bagi membaiki cermin keretanya yang dipec4h gara-gara ditimpa raja buah yang gugur.

Menurutnya durian kampung tersebut ‘mahal’ harganya kerana ia tidak jatuh atas tanah sebaliknya jatuh di atas cermin belakang sebuah kereta yang diletakkan di halaman rumah.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Susulan tular video berdurasi 53 saat itu, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.

 

“Kau tahu kan yang durian bila-bila masa je dia boleh terjun, kalau dia nak terjun dia dah tak bagi warning dah dia terjun je,

“Yang kau gi park keta bawah pokok tu dah kenapa, kan dah mendapat,”  Ain Hamid.

“Ni mesti parking kereta kat bawah pokok durian tu kan? bukan salah durian, salah kamu,” Azlina Nabila.

Selain menyalahkan pemilik kereta itu yang cu4i orang ramai turut mendoakan agar lelaki berkenaan digantikan dengan rezeki yang baharu.

“Mungkin ini takdir buat kamu, bertabahla nanti Allah ganti dengan rezeki lain, semoga dipermudahkan urusan bro,” tulis Mat Jaki Kepong.

 

Tular durian dijual RM500 sebiji, menteri bantu kos baiki cermin kereta lelaki ini

Seorang lelaki terkejut apabila durian kampung yang dijualnya sehingga RM500 sebiji mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan petang tadi.

Menerusi laman Facebook, Wan Mahussin Wan Zain memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan perbualan bersama menteri itu di aplikasi WhatsApp yang berminat untuk membeli raja buah tersebut.

Durian runtuh!

“Terkejut tiba-tiba dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, katanya hendak beli durian viral atas cermin kereta saya.

“Saya jawab yang saya dah makan dan tanya tuan daripada mana? Beliau jawab daripada kerajaan, terkejut jugak, bila disemak rupa-rupanya YB Datuk Seri M. Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia.

“Beliau minta nombor akaun dan sumbang untuk menampung kos… Rezeki saya hari ini,” tulis Wan Mahussin.

Sebelum ini, lelaki berkenaan berkongsi sebuah video di group ‘Berkebun D Rumah’ sehingga tular di media sosial dengan menjelaskan bahawa durian itu ‘mahal’ kerana ia tidak jatuh di atas tanah.

Sebaliknya buah kegemaran ramai itu jatuh menghempap atas cermin belakang kereta jenis Nissan Almera miliknya sekali gus menyebabkan kerugian besar buat Wan Mahussin.

Berikutan itu, rata-rata warganet pelbagai reaksi terhadap kejadian tersebut. Ada yang mengus1k, malah ada juga mendoakan supaya lelaki tersebut menerima rezeki yang lebih baik.

Namun siapa sangka selepas menjadi tular, terdapat insan yang bermurah hati untuk membantu walaupun durian itu telah dimakan oleh pemiliknya.

Sumber: Facebook Wan Mahussin Wan Zain & group Berkebun D Rumah

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:limauasamboi

Be the first to comment on "Betul-Betul “Durian Runtuh”, Menteri Berminat Nak Beli “Durian Tular” Serta Tampung Kos Baiki Cermin Kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*