Akhirnya Ustaz Ebit Lew Pulang Ke Pangkuan Keluarga Tercinta Setelah 2 Bulan Berada Di Gaza

 

 

UMUM mengetahui pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bersama delegasinya berlepas ke Gaza pada penghujung Mei lalu bagi melakukan misi bantuan kemanusiaan.

Jiwa dermawan yang dimilikinya mendorong pendakwah ini sanggup meninggalkan keluarga buat seketika dan merisikokan nyawa demi dakwah dan misinya di bumi bergolak berkenaan.

Hampir dua bulan lamanya berbakti di bumi asing, pendakwah ini akhirnya pulang ke pangkuan keluarga yang dirindui, sungguhpun beberapa hari lalu beliau dikejvtkan dengan khabar sed1h pemergian bapa tercinta.

Ebit berkongsi momen penuh sy4hdu itu di Instagram miliknya, pada pagi Jumaat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Rindunya ya Allah. Dekat dua bulan. Ya Allah. Setiap hari perit rasa rindu. Selalu sorok rasa rindu. Menangis seorang diri saat sujud. Apakan daya inilah tuntutan perju4ngan kerana Allah.

“Kemvncak perju4ngan kali ini perginya ayah tercinta. Ya Allah… Rindunya bidadari dan anak-anak. Maafkan ayah wahai anak-anakku. Maafkan abang yer, bidadariku,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Ebit yang baharu tiba di kediamannya disambut penuh girang oleh anak-anak dan isterinya sambil menangis dan berpelvkan melepaskan rasa rindu.

Ebit dalam masa yang sama meluahkan rasa syukur kerana dapat pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga selepas menjalankan misi bantuan di Gaza.

“Ya Allah terima kasih temukan dengan bidadari dan anak-anak. Hanya air mata ubat sedikit rasa rindu. Terpaksa menangis kuat-kuat kadang masa doa. Kuatkan hati masa call dan video call.

“Ya Allah betapa sayangnya diriku pada bidadari dan anak-anakku. Sayangilah mereka. Jagakan mereka. Bersama kami didunia dan sampai syurga Firdaus. I love you sayang bidadariku. I love you anakku,” tulisnya lagi.

gaza 1

Ustaz Ebit dan delegasinya menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan asas dan ubat-ubatan di Gaza.

 

Untuk rekod, Ebit dan delegasinya pada penghujung Mei lalu berlepas ke Gaza bagi menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan asas serta ubat-ubatan.

Pendakwah ini juga membuka Rumah Kasih Umat di Gaza yang akan menempatkan penduduk-penduduk termasuk kanak-kanak yang kehil4ngan tempat tinggal dan orang tersayang.

Menurut Ebit, beliau menyewa dua rumah untuk dijadikan rumah kebajikan yang setakat ini menempatkan 10 anak yatim, selain menjadi tempat tinggal orang susah serta tempat bagi mengadakan kelas juga aktiviti kanak-kanak.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Akhirnya Ustaz Ebit Lew Pulang Ke Pangkuan Keluarga Tercinta Setelah 2 Bulan Berada Di Gaza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*