Wanita Ini Kongsi Pengalaman G3tirnya, 12 Orang Dalam Keluarganya P0s!t!f C0v!d

Kota Bharu : Dua belas orang dari satu keluarga di Kampung Langgar di sini, pernah berhadapan satu situasi tidak dijangka apabila mereka disahkan dijangkiti Covid-19 pada bulan lalu.

Menurut Siti Nuraisyah Ibrahim, 32, walaupun kini keluarganya sudah bebas daripada virus itu, namun ada segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap mereka sekeluarga.

“Kami sekeluarga reda dengan ujian ini, namun saya memohon kepada semua masyarakat supaya tidak memandang negatif terhadap pesakit atau mereka yang pernah dijangkiti Covid-19.

“Kami sekeluarga tidak minta diuji sebegini dan penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan percayalah virus ini memang benar-benar wujud,” .

 

Bercerita lanjut, Siti Nuraisyah berkata, pada awal Jun lalu, adik keduanya, Muhammad Amin, 30, mengalami demam serta batuk menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menjalani ujian calitan di sebuah klinik swasta.

“Dia kemudiannya disahkan positif Covid-19 dan dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk mendapatkan rawatan.

“Pada 18 Jun lalu pula, kami sekeluarga dihubungi oleh pegawai kesihatan dan diminta untuk menjalani ujian calitan di pusat saringan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV,” .

 

Menurutnya, dua hari kemudian iaitu pada 20 Jun, mereka sekeluarga menerima keputusan dan mengejutkan apabila ujian calitan kesemuanya adalah positif termasuklah adik iparnya.

“Pada ketika itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan kami termasuk seorang daripada adik yang orang kurang upaya (OKU) yang disahkan positif Covid-19.

“Sebelum menjalani ujian calitan, saya demam dan batuk, namun hanya menganggap ia adalah sekadar simptom demam biasa sehinggalah saya hilang deria bau dan ia adalah tanda yang saya sebenarnya sudah dijangkiti Covid-19,” katanya.

 

Anak sulung daripada 11 beradik itu berkata, apa yang terlintas dalam fikirannya dan yang paling dibimbangkan adalah keadaan ibu dan ayahnya kerana mereka berdua sudah berusia.

“Kira-kira 1 tengah hari 20 Jun, ambulans datang ke rumah mengambil saya dan adik ketiga (Muhammad Zulhilmi, 28) untuk dibawa ke Hospital Machang bagi mendapatkan rawatan kerana kami mempunyai simptom yang memerlukan pemantauan rapi.

“Ibu, ayah serta adik-beradik yang lain ditempatkan di PKRC, selain ada juga di antara kami yang menjalani kuarantin kendiri di rumah,” .

 

Menurutnya, sepanjang mendapatkan rawatan di hospital, pesakit Covid-19 yang ditempatkan di wad banyak memberi kata-kata semangat kepadanya untuk terus melawan penyakit itu dan pada 24 Jun selepas empat hari dirawat, dia dibenarkan pulang ke rumah.

“Ibu dan ayah serta adik-adik yang lain dibenarkan pulang pada 28 Jun selepas lapan hari ditempatkan di PKRC dan kami sangat gembira apabila dapat kembali bersama selepas beberapa hari terpisah.

“Saya berharap, orang ramai terus patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana hanya dengan kerjasama kita yang mampu memutuskan rantaian Covid-19,”.

 

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "Wanita Ini Kongsi Pengalaman G3tirnya, 12 Orang Dalam Keluarganya P0s!t!f C0v!d"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*