“Sesudah Subuh, Suami Saya Pilih Untuk Mengaji Al-Quran..”Risteena B4ngga Dengan Su4minya

Hampir empat bulan mendirikan rumah tangga, pastinya pasangan pelakon Risteena Munim dan Isa Khan menjalani mahligai perkahwinan penuh bahagia.

Lebih bahagia, baru-baru Risteena berkongsikan video menzahirkan rasa bangga dengan kesungguhan suaminya melakukan ibadah sepanjang 10 hari pertama Zulhijah bagi merebut ganjaran pahala.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Risteena memuat naik video memaparkan suaminya sedang mengaji Al-Quran secara atas talian sejak awal pagi lagi. Malah, Risteena berkata suaminya juga bersemangat untuk bangun awal pagi menunaikan solat tahajud sebelum Subuh serta berpuasa sunat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

“Saat ramai masih tidur sesudah subuh, suami saya pilih untuk mengaji Al-quran sambil video call dengan ustaz untuk pastikan bacaan yang dibaca itu betul.

“Semangat bangun seawal pagi untuk solat tahajud dan solat sunat sehingga subuh dan terus mengaji. Nak kumpul pahala di bulan Zulhijjah ni katanya. Puasa tak nak tinggal 10 hari. Ini lah suami saya. So proud to share this because I’m blessed to have you as my husband,” tulisnya.

Perkongsian Risteena mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar terus istiqamah. Netizen turut mendoakan rumah tangga Risteena dan Isa bahagia hingga ke syurga.

Suami tercinta turut meningalkan komen positif buat Risteena.

KOMEN NETIZEN:

 

Sumber:Rotikaya

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : dnq.pw

Be the first to comment on "“Sesudah Subuh, Suami Saya Pilih Untuk Mengaji Al-Quran..”Risteena B4ngga Dengan Su4minya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*