Petugas PPV P0sitif C0v!d, Che Ta Bimbang Kerana Zain Bakal Div@ksin Di Pusat Itu

 

Pada awal pagi tadi, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam sebuah kenyataan memaklumkan Pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, akan ditutup hari ini (Selasa) susulan terdapat kes positif COVID-19 yang dikesan dalam kalangan petugas PPV berkenaan.

 

Che Ta Bimbang

Dalam pada itu, pelakon terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta meluahkan rasa bimbang berikutan  suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin bakal menerima suntikan vaksin di pusat berkenaan kelak. Menerusi laman Instagram nya, Che Ta akui berasa seperti sudah tidak selamat setelah mengetahui mengenai berita tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“betui- betui qasa tak selamat dah ni!” tulis Che Ta

Di ruangan komen, pelbagai pendapat telah diberikan oleh pengikut pelakon ini. Ada yang turut berasa risau dan tidak kurang juga berkongsi kata-kata semangat buat Che Ta dan suami kerana menyifatkan risiko untuk dijangkiti wabak berkenaan kini berada di mana-mana sahaja.

 

Galakkan Buat Ujian Saringan 

Dalam pada itu,kerja-kerja sanitasi akan dijalankan di IDCC dan menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga semalam(12 Julai 2021) untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan ujian saringan COVID-19.

 

[KEMASKINI] 

 Seramai 204 petugas pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam, Selangor disahkan positif Covid-19. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes positif Covid-19 itu dikenal pasti selepas ujian saringan beramai-ramai dilakukan terhadap kesemua 453 petugas.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my

Be the first to comment on "Petugas PPV P0sitif C0v!d, Che Ta Bimbang Kerana Zain Bakal Div@ksin Di Pusat Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*