Malaysia antara negara terbaik bantu rakyat ketika PKP

Kota Bharu : Malaysia antara negara terbaik dalam membantu rakyat yang berdepan dengan kesusahan sepanjang pandemik Covid-19 melanda.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bantuan tanpa henti diberikan oleh kerajaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Untuk mencukupkan segala-galanya memang tidak akan cukup, namun sebahagian besar sudah diusahakan kerajaan dalam membantu rakyat.

“Kita (Malaysia) antara negara yang terbaik dalam memberi bantuan dan sumbangan kepada rakyat. Negara lain tidak sehebat kita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir Majlis Penyerahan Sumbangan Inspirasi Qaseh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Sering, di sini, hari ini.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban, Ahmad Marzuk berharap semua pihak patuh kepada SOP ditetapkan.

“Kita (kerajaan) sarankan beberapa SOP, namun terpulang kepada negeri masing-masing untuk mengolahnya.

“Jadi, kita mengharapkan rakyat akur dan patuh dengan arahan yang dikeluarkan di negeri masing-masing walaupun terdapat SOP yang tidak bebas,” katanya.

 

sumber : harianmetro

Be the first to comment on "Malaysia antara negara terbaik bantu rakyat ketika PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*