Demi Tampung Kos Rawatan Ibunya, Achey Sudah Jual 5 Motorsikalnya

 

Sebelum ini, pelakon dan pelawak Achey memaklumkan ibunya disahkan mengalami masalah saluran pankreas dan hempedu tersumbat hingga perlu menjalani rawatan lanjut.

Achey berkata dia sanggup sanggup bergolok bergadai dan menjual motosikal miliknya bagi menampung kos pembedahan atau rawatan susulan.

Terbaru, Achey berkata dia sudah menjual lima buah motosikal dan kemungkinan akan menjual lebih banyak koleksi lagi selepas ini demi menampung kos rawatan ibunya.

“Saya dah jual tapi tak kongsi di Instagram kerana itu jenis motorcross dan hanya jual kepada kenalan yang berminat dengan sukan permotoran itu… dah lima buah saya jual, motor keenam masih dalam perbincangan.”

Dalam pada itu, Achey berkata ada mereka diluar sana bertanyakan motosikal jenis EX5 dan beberapa motosikal lain namun, Achey berkata EX5 adalah kepunyaan isterinya.

“Ada yang bertanya motor EX5, Y15 dan RXZ… EX5 setakat ini saya tak boleh nak cakap sebab motor orang rumah (isteri) saya. Mungkin selepas ini saya akan jual sebuah motor klasik.

“Saya ada satu lagi motor klasik Yamaha RX100 tapi motor itu saya tak jual sebab pemberian arwah abah. Motor itu memang saya simpan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Demi Tampung Kos Rawatan Ibunya, Achey Sudah Jual 5 Motorsikalnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*