Nurulhidayah Luah Rasa Geram Kerana Difitnah. Ini Doanya Untuk Yang Menfitnahnya

 

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid atau lebih dikenali sebagai Nurul Zahid meluahkan rasa kecewanya berikutan telah difitnah oleh sesetengah pihak yang mendakwa dia menyokong bapanya, Datuk Seri Zahid Hamidi mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Komen Dari Akaun Palsu

Menerusi hantaran di laman Instagram nya, Nurul berkongsi tangkap layar sebuah komen yang tular di media sosial didaftarkan atas nama nurul.zahid mengenai calon yang layak untuk menjadi Perdana Menteri. Menjelaskan bahawa akaun tersebut bukan miliknya, tegas Nurul dia hanya memiliki dua akaun Facebook.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid)

“Minta perhatian”

“Benarlah dunia ini penuh ujian. Satu persinggahan yang tak pernah aman”

“Saya hanya memiliki DUA account Facebook iaitu Nurulhidayah Ahmad Zahid Official dan Nurulhidayah Ahmad Zahid.

“Saya tak ada masa nak manage(uruskan) pun kadang-kadang hanya link account IG bersama-sama account FB yang saya update(kemaskini) sendiri”

“Buat yang terlebih rajin memfitnah saya dengan FAKE ACCOUNT(akaun palsu) tersebut, teruskan berbuat demikian. Buatlah seberapa banyak cerita yang mampu memburukkan imej saya” kongsi Nurul

 

Enggan Ambil Tindakan Undang-Undang

Dalam pada itu, Nurul berkata dia enggan mengambil tindakan undang-undang kerana merasakan pihak polis mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk mengendalikan sesuatu isu ketika ini. Bagaimanapun, dia menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan berharap agar doanya yang teranaya dimakbulkan.

“Buat masa ini saya tak kuasa nak letak diri saya LOW LEVEL untuk saman atau minta polis siasat. Ingat polis tiada kerja lain?

“Allah Maha Melihat dan Mendengar. Malaikat mencatat. Saya berdoa”

“Semoga musim tengkujuh yang bakal menjelang, anda yang memfitnah saya akan dipanah petir dan meninggal dalam kemalangan ngeri yang dahsyat. Saya serahkan kepada Allah untuk melakukan pembalasan yang terbaik untuk pemfitnah”

“Saya YAKIN Allah bersama-sama orang yang teranaya”

“Yaa Allah, kabulkan. Kabulkan. Kabulkan Yaa Allah Aaminnnnnn yaa Rabb” tulisnya lagi

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Nurul tidak menyangka terdapat pihak yang sanggup berbuat demikian dan berharap agar Nurul terus tabah mengharungi dugaan tersebut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my

Be the first to comment on "Nurulhidayah Luah Rasa Geram Kerana Difitnah. Ini Doanya Untuk Yang Menfitnahnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*