Beri Sokongan Terhadap Kempen Bendera Putih, PU Riz Bantu 110 Keluarga Susah

Difahamkan lagi, pendakwah bebas Haris Ismail berkenaan telah menyalurkan sumbangan makanan serta barangan keperluan asas bersama NGO, Pertubuhan kasih Neelofa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Memetik temubual mStar, bekas peserta Pencetus Ummah berusia 36 tahun tersebut menerima mesej peribadi (DM) daripada ramai individu yang meminta bantuan di Instagram.

Selain itu apabila terbaca tentang kempen kibar bendera putih, PU Riz sedar semakin ramai berada dalam kesusahan dan dia perlu bertindak.

“Diakui hampir setiap hari saya mendapat mesej peribadi di Instagram yang meminta bantuan. Malah, apabila terbaca mengenai kempen kibarkan bendera putih ini saya sedar semakin ramai yang berada dalam kesusahan.

“Selepas mendapat maklumat ada keluarga di Taman Jinjang Baru yang mengibarkan bendera putih, saya bersama pasukan Pertubuhan Kasih Neelofa ambil keputusan untuk ke sana,” katanya.

 

Mengulas lanjut tentang kempen kibarkan bendera putih, PU Riz menyatakan ia merupakan 1 usaha rakyat Malaysia atas keprihatinan sesama insan.

“Malah, tidak ada unsur paksaan pun dalam melaksanakan perkara ini. Jadi, tak salah kalau ada mana-mana pihak membantu mereka yang kibarkan bendera putih ini.

“Ini 1 lagi cara bagaimana kita menunjukkan rasa berkasih sayang antara satu sama lain terutama dalam hidup bermasyarakat,” ujarnya.

 

 

Sumber: OMM

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  :  https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment on "Beri Sokongan Terhadap Kempen Bendera Putih, PU Riz Bantu 110 Keluarga Susah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*