5 Beranak Kibarkan #BenderaPutih Setelah Hampir 6 Bulan Ikat Perut

MELAKA : “Sepanjang 16 tahun, tempoh enam bulan ini adalah yang paling sukar sehinggakan kami lima beranak terpaksa ‘ikat perut‘,” 

Luah Erala Ismail yang buntu memikirkan nasib keluarganya sehingga bertindak menggantungkan bendera putih di kediamannya sebagai talian hayat terakhir.

Menetap di bilik sewa kecil di tengah bandaraya Melaka bersama suami dan tiga anak mereka, wanita berusia 45 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai itu berkata, kehidupan keluarganya mula berubah selepas suaminya hilang pekerjaan sejak awal tahun lalu.

Keadaan itu berlaku apabila medan selera di tempat suaminya mencari rezeki dengan gaji harian sebanyak RM35 sehari terpaksa menghentikan operasi perniagaan atas beberapa sebab termasuk faktor pandemik yang sekali gus mengubah nasib mereka sekeluarga.

“Sebelum ini ketika saya dan suami masing-masing bekerja, kami memang akan sentiasa pastikan bekalan makanan di rumah tidak terputus untuk tiga anak kami berusia 10,12 dan 16 tahun.

“Apabila suami hilang kerja, memang saya dengan anak-anak ikat perut. Saya tertekan sangat lebih-lebih lagi hujung bulan macam ini, duit tiada hendak tunggu hari gaji, hanya telur dan ikan bilis selalu menjadi menu kami lima beranak,” katanya ketika ditemui di bilik sewanya di Jalan Munshi Abdullah.

 

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan, peruntukan RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada Isnin.

Sumber ; ASTROAWANI

 

Be the first to comment on "5 Beranak Kibarkan #BenderaPutih Setelah Hampir 6 Bulan Ikat Perut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*