Tam Spider Dedahkan Sempat Solat Maghrib Bersama Arw@h Tony

 

Pemergian bekas pemain bass kumpulan Spider, Tony Iskandar Alberto atau lebih dikenali sebagai Tony dua hari yang lalu ternyata mengejutkan ramai kenalan serta peminat kumpulan terkenal itu.

Tam Sempat Solat Jemaah

Ini termasuklah buat rakan baiknya yang juga vokalis Spider, Tam Mustafah yang berkongsi kenangan terakhirnya bersama Allahyarham. Menerusi laporan BH Online, Tam sempat solat berjemaah bersama Tony dua hari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di studio Luncai Emas, Sungai Buloh.

 

 

Menurut Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah, arwah seolah-olah dapat merasakan akan pergi buat selama-lamanya apabila dia memohon maaf kepadanya dan rakan-rakan yang lain.

“Arwah memang menetap di studio Luncai Emas kerana Spider mempunyai bilik di situ. Saya tinggal berdekatan, jadi sering bertemu arwah untuk bersembang dan menghantar makanan”

“Sepanjang bersahabat, saya memang tahu arwah berjuang melawan penyakit kencing manis. Cuma, arwah bukan seorang yang suka nak tunjukkan dirinya sedang sakit”

“Dua hari lalu, kami bertemu di studio dan sempat solat berjemaah bersama-sama. Secara tiba-tiba, arwah mohon maaf pada saya. Saya rasa tidak sedap hati memikirkan penyakit yang dideritai.

“Bukan dengan saya sahaja, malah arwah turut melakukan tindakan sama dengan rakan lain, seolah-olah tahu akan pergi buat selama-lamanya,” katanya kepada BH Online.

 

Tam Dapat Rasakan Sesuatu

Malah, arwah turut meluahkan kebimbangan terhadap sesuatu perkara termásuk sedang menyiapkan album untuk dua kumpulan yang bernaung di bawah label Luncai Emas. Jelas Tam, seperti sesuatu yang tidak kena kerana perkara berkaitan muzik bukanlah sesuatu yang sukar buatnya.

“Ketika ini, arwah sedang menyiapkan album untuk dua kumpulan yang bernaung di bawah label Luncai Emas. Arwah menyuarakan kebimbangan mengenai perkara ini kepada saya.

“Perkara ini sangat menghairankan kerana setahu saya, hal berkaitan muzik bukanlah sesuatu yang sukar buatnya. Saya yakin, ada perkara lain yang membuatkan arwah bersikap sedemikian hingga ada ketikanya arwah seperti sudah putus harap dengan kehidupannya,” dedah Tam

Terdahulu, Allahyarham Tony meninggal dunia sekitar jam 2.30 pagi di studio rakaman Luncai Emas milik komposer dan penyanyi lagenda terkenal Datuk M. Nasir. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika sedang berehat di sebuah bilik dalam studio tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my

Be the first to comment on "Tam Spider Dedahkan Sempat Solat Maghrib Bersama Arw@h Tony"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*