Sektor kilang bukan punca k3s Cov1d-19 tinggi, kata Azmin

 

 

SHAH ALAM – Hanya lima hingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif c0v1d-19 adalah daripada sektor perkilangan dan pembuatan, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, data yang disahkan Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa 75 peratus daripada kes-kes positif c0v1d-19 yang ada pada hari ini adalah bersifat sporadik yang bermakna v1rus berkenaan telah berada di dalam komuniti.

Mohamed Azmin berkata, sebanyak 25 peratus lagi datang daripada pelbagai bentuk kluster termasuk kluster tempat kerja yang meliputi sektor perkilangan dan pembuatan.

“Jadi tidak benar untuk meletakkan kesalahan pada sektor ekonomi khususnya sektor pembuatan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini pada Isnin.

Mohamed Azmin berkata, apabila kerajaan mengambil keputusan membenarkan beberapa sektor ekonomi untuk beroperasi, kebarangkalian j4ngk1tan c0v1d-19 berlaku dalam sektor ekonomi itu ada, tidak seperti sektor pendidikan dan sosial yang telah ditutup sepenuhnya, tetapi keputusan itu dibuat untuk kepentingan ekonomi rakyat.

“Sektor ekonomi, khususnya untuk ‘essential goods and services’, kita telah ambil keputusan membenarkan sedikit aktiviti ini untuk melindungi dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

“Apabila ada aktiviti ini (ekonomi) kebarangkalian (j4ngk1tan c0v1d-19) pastinya wujud, tetapi jumlahnya tidaklah besar seperti yang telah diumumkan (daripada keseluruhan kes) kerana v1rus ini sudah sporadik, berada dalam masyarakat. Sebab itu kita mengajak untuk sama-sama tangani masalah pandemik ini dengan mematuhi kepada prosedur operasi standard yang ketat,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang terlibat sebagai rantaian bekalan global dan kerajaan tidak mahu ada g4ngguan terhadap bekalan makanan, keperluan asas serta barangan kesihatan awam seperti sanitizer dan produk farmaseutikal yang lain.

Dalam pada itu, katanya, Program Imunisasi Industri c0v1d-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) buat masa ini melibatkan sektor pembuatan serta perkilangan dan kerajaan akan menumpukan pula kepada sektor pembinaan dan pelancongan dalam masa terdekat.

Mohamed Azmin turut mengumumkan ser4mai 16,564 pekerja telah menerima suntikan vaksin di Pulau Pinang, Johor dan Selangor menerusi PIKAS sejak 16 Jun hingga Ahad. – Bernama

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : wowberita

Be the first to comment on "Sektor kilang bukan punca k3s Cov1d-19 tinggi, kata Azmin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*