Datin Shahida Dedahkan Beliau Senang Hati Setiap Kali Basuh Baju Dato Aliff. Ini Sebabnya

 

 

“Untung la… kira macam upah basuh baju la tu🤣rejeki😚”

Ini namanya untung sabut timbul, untung batu tenggelam, kalau dah namanya rezeki pasti membuahkan senyuman lebar yang dapat dilakarkan oleh para ibu apabila terjumpa wang saku lebihan yang tertinggal dalam poket seluar suami, lagi-lagi kalau dalam jumlah yang besar.

Kata orang jika kumpul duit sedikit demi sedikit lama-lama bakal jadi bukit, cukuplah untuk dijadikan upah harian buat para isteri dek sibuk berbanting tulang bekerja keras menguruskan perihal rumah tangga.

Malah apa yang lebih lucu, hal ini turut dirasai oleh isteri kepada jutawan kosmetik terkenal, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid iaitu isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Datin Shahida berkongsi reaksi nakal dirinya apabila setiap kali terjumpa wang saku milik suami ketika mencuci pakaian sebagai rutin harian setiap hari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

Hantaran yang dimuat naik itu seolah-olah memaparkan realiti sebenar tugasan para isteri yang seakan-akan sering terjumpa duit lebihan dalam mesin basuh setiap kali mencuci pakaian.

Kadang-kala hanya berbekalkan bekas tupperware murah sahaja, jangan tak tahu, kalau selalu terjumpa wang saku lama-lama para ibu juga mampu mengumpul duit yang banyak secara tidak sengaja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi cerita mengenai gelagat mereka apabila setiap kali terjumpa wang, apa yang lebih lucu adalah kadang-kala gumpalan tisu dalam poket juga disangkakan wang!

 

Wah untung kan datin?

Meskipun menyifatkan, Dato Aliff Syukri merupakan salah seorang usahawan yang terkaya, sudah semestinya beliau sentiasa menjalankan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Namun, jika terjumpa wang lebih sang suami, apa salahnya jika si isteri pula yang menjadi tukang simpan.

Mengetahui bahawa usahawan ini sering berdepan kritikan dan kutukan keras daripada segelintir netizen yang mengasihani dirinya beroleh seorang suami yang dikatakan ‘gila glamor’, rumah tangga pasangan ini tetap teguh terbina hasil nilai kasih sayang yang terjalin.

Bagus Datin Shahida ni, pandai berjimat-cermat!

 

Sumber: Instagram Datin Shahida

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Puteri Haideera Zuraidi (Hotfm)

Be the first to comment on "Datin Shahida Dedahkan Beliau Senang Hati Setiap Kali Basuh Baju Dato Aliff. Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*