Bangga Dapat Jadi Sukarelawan Di PPV, Fizo Omar Seru Lebih Ramai Lagi Untuk Sudi Turun Padang

 

 

Memberikan khidmat bakti dengan menjadi sukarelawan dapat memberi satu perasaan yang membanggakan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

“JOM KITA SUPPORT EACH OTHER!

Alhamdulillah, Abe Joe dgn rakan celeb yg lain turun sendiri di PPV, UKM Bangi utk jadi volunteer. Tahniah dan terima kasih
@nazimothman
@ameliath
@sherry_alhadad
@nadnisaa

Dengan usaha kami ni, berharap dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang vaksin dan jugak dapat meringankan beban frontliner bagi memudahkan urusan pemberian vaksin.”

Mereka berlima telah memberikan khidmat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Mereka berharap agar usaha itu sedikit sebanyak dapat membuka mata orang ramai tentang kepentingan vaksin dan dalam masa yang sama dapat membantu para petugas kesihatan yang berkhidmat di sana.

Selain itu, Fizo juga mengharapkan agar lebih ramai orang yang mahu memberi khidmat sebagai sukarelawan termasuklah golongan doktor dan jururawat.

“Semoga amal dan niat baik ini kita teruskan dan sekaligus dapat mengajak lagi orang ramai utk jadi volunteer terutamanya doktor dan juga

 nurse.”

Semoga niat baik selebriti-selebriti ini memudahkan lagi proses pemberian vaksin dan membantu para petugas kesihatan.

 

Sumber: Instagram Fizo Omar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : hotfm

Be the first to comment on "Bangga Dapat Jadi Sukarelawan Di PPV, Fizo Omar Seru Lebih Ramai Lagi Untuk Sudi Turun Padang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*