Yang Dinantikan!! PM Umum Moratorium Pinjaman Selama 6 Bulan Untuk Semua, Tanpa Syarat

 

 

Kerajaan bersetuju dengan kerjasama pihak bank, untuk berikan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Perkara ini dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam Pengumuman Khas Pakej (PEMULIH) secara langsung hari ini. Beliau turut memberitahu bahawa hanya perlu membuat permohonan dan kelulusan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Kerajann juga memperkenalkan I-Citra. Pencarum KWSP boleh mengeluarkan sebanyak RM 1,000 untuk tempoh 5 bulan.  

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021,”

Selain itu, kerajaan akan memberikan satu gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021 yang dianggarkan bernilai RM 500 juta.

Di samping itu, akan berlaku pelanjutan tiga bulan diskaun sebanyak 10 peratus bagi bil elektrik untuk bulan Oktober hingga Disember 2021. Hal ini akan diberikan kepada sektor ekonomi yang terjejas.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : lobakmerah

Be the first to comment on "Yang Dinantikan!! PM Umum Moratorium Pinjaman Selama 6 Bulan Untuk Semua, Tanpa Syarat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*