Remaja d4kwa ada der1a ke-6 suka kongsi video di TikTok, nampak gerbang ke alam bun1an di belakang rumah

 

 

SELAIN manusia, bumi ini juga didiami oleh m4khluk lain yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar.

Hanya segelintir dalam kalangan kita yang dianugerahkan dengan ‘deria keenam’ apabila mereka mampu melihat m4khluk gh4ib, termasuklah remaja ini.

Menerusi aplikasi TikTok, remaja ini berkongsi pengalamannya yang mana dia mendakwa mampu melihat m4khluk ghaib termasuk bun1an, sejak hijab pandangannya ‘terbuka’ beberapa tahun lalu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Iskandar Muzafar berkata, dia mempunyai kebolehan tersebut sejak membantu ibunya yang merupakan seorang per4wat Islam.

“Ibu saya seorang per4wat yang meruqyah (memulihkan) pes4kit akib4t dis4ntau, dis1hir dan sebagainya sejak hampir 11 tahun lalu. Dulu ibu saya buat seorang sahaja, namun ketika saya tingkatan tiga, ibu menyedari yang saya ada kebolehan.

“Dia tanya jika saya boleh membantu dan test saya dulu, sebelum mendapati saya ada kebolehan mengendalikan pes4kit. Maknanya dah tiga tahun juga saya bantu ibu meruqyah pes4kit.

“Mengenai m4khluk halus ini, saya boleh nampak tapi bukan 24 jam, hanya ketika ‘mereka’ munculkan diri. Macam kawasan rumah saya terutama kebun di belakang rumah, adalah pintu gerbang untuk ke alam bun1an.

Antara video kisah m1stik yang dikongsikan oleh Iskandar di TikTok.

 

“Saya tak pernah masuk ke perkampungan mereka namun pernah melihat. Fizikal mereka tak jauh beza seperti manusia, cuma attitude mereka jauh lebih baik, contohnya mereka lebih alim. Manakala usia mereka tak meningkat tak berkurang,” ujar remaja berusia 17 tahun ini sambil mend4kwa, bapa saudaranya pernah memasuki perkampungan m4khluk tersebut

Tambah Iskandar, m4khluk itu kerap kali meminjam beberapa barangan daripada rumahnya seperti peralatan memasak.

“Kalau ada benda yang hilang, merekalah yang pinjam. Memang dah biasa situasi ini. Namun mereka akan pulangkan semula,” ujarnya.

Bercerita mengenai asal-usul bagaimana dia meruqyah pes4kit yang diwarisi daripada ibunya, Iskandar berkata hanya dia seorang sahaja dalam adik beradiknya yang mempunyai kebolehan berkenaan.

 

Saya tak pernah masuk ke perkampungan mereka namun pernah melihat. 

Fizikal mereka tak jauh beza seperti manusia, cuma attitude mereka jauh lebih baik.

ISKANDAR MUZAFAR

 

“Ia juga disebabkan minat. Sepanjang tiga tahun bantu ibu, macam-macam pengalaman yang saya dah alami namun paling teruk pada tahun lepas dan juga tahun ini, di mana kami dipanggil meruqyah pes4kit yang terkena sihir orang yang tak boleh tengok orang lain lebih daripadanya.

“Dari pagi sampai malam meruqyah, pes4kit pula meracau tervk dan tenaga mereka melebihi kudrat kita. Memang ambil masa lama. Memang saya dan ibu akan rasai kesan sebab ‘dibalas’ semula, contohnya ia buatkan saya tak boleh lelapkan mata seminggu.

“Darah tinggi saya naik sampai doktor pelik kerana saya ni pelajar. Disebabkan itu juga saya sangat tak larat dan terdetik nak berhenti tapi lebih rasa kasihan nak bantu mereka yang ter4vniaya,” ujarnya yang menetap di Kuala Lipis, Pahang.

 

Tidak menyangka video-videonya meraih perhatian dan rasa teruja netizen di TikTok, Iskandar berkata dia sekadar berkongsi pengalamannya untuk dimanfaatkan bersama orang lain.

Antara komen netizen yang teruja dengan perkongsian Iskandar.

 

“Saya kongsi tentang jin, amalan santau, sihir, saya beri cara bagaimana nak lindungi diri, amalan yang boleh kita praktik untuk elakkan perkara ini. Saya mahu sangat mereka tak jadi m4ngsa manusia yang berhati busvk suka aniaya orang dengan cara halus.

“Kalau orang minta share lagi, InsyaAllah saya akan share cuma sekarang ini jarang sikit sebab saya sedang ikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), waktu menjadi kekangan tapi saya cuba kongsi mana yang mampu. Setakat ini komen di TikTok semua positif malah ada yang kongsi pengalaman sama.

“Cuma ada yang komen dekat beberapa page Instagram, kata saya meng4rut, benda tu tak wujud dan sebagainya. Satu saja, kita kena berdiri dulu di tempat orang tu, baru tahu benda tu betul atau tidak. Allah pun kata, manusia dan jin itu wujud.

“Tapi saya tak kisah, setiap orang ada pandangan masing-masing. Terpulang mahu percaya atau tidak. Cuma jika ada video saya dilihat oleh manusia yang suka an1aya orang cara macam ni, saya doakan mereka insaf kerana ia adalah sy1rik,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

>

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Remaja d4kwa ada der1a ke-6 suka kongsi video di TikTok, nampak gerbang ke alam bun1an di belakang rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*