Seorang Ibu Selamatkan Anak OKU Dia Dari ‘Dicul1k’. Rupa Rupanya Ini Sebenar Yang Terjadi

GOMBAK – Tindakan seorang warga emas berusia 80 tahun membenarkan seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) menumpang kenderaannya telah disalah ertikan apabila dia did.akwa cuba mencvlik gadis tersebut, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 26 saat tular di laman sosial memaparkan seorang wanita yang mengaku ibu kepada remaja tersebut bersama ora.ng awam cuba mengh.alang kereta yang dipandu warga emas itu termasuk menye.rangnya kerana didakwa cuba menc.ulik dan mel.arikan remaja tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, berdasarkan s.iasatan, pengadu (ibu mang.sa) yang berumur 54 tahun bersama anaknya (mang.sa) yang berusia 16 tahun telah pergi ke sebuah warung di hadapan sebuah bank di Bandar Country Homes untuk membeli sarapan sekitar pukul 9 pagi.

“Sebaik selesai membeli sarapan, pengadu menyedari anaknya telah tiada dan peniaga yang berada di kawasan berhampiran memaklumkan anaknya itu telah mengikut seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna kelabu.

“Hasil s.iasatan awal mendapati seorang kenalan pengadu telah memuat naik video kejadian yang berlaku ke beberapa kumpulan aplikasi WhatsApp sehingga kenderaan yang membawa anaknya berjaya ditemui orang awam di Saujana Rawang sekitar pukul 12.30 tengah hari, pada hari yang sama.

“Bagaimanapun, pengadu mendapati anaknya dalam keadaan selamat dan tiada sebarang keced.eraan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Jelasnya, siasatan juga mendapati ketika mang.sa bersama pengadu di gerai tempat untuk membeli sarapan, mang.sa telah berjalan seorang diri tanpa pengetahuan pengadu dan telah menahan kenderaan yang dipandu warga emas itu.

“Warga emas yang menaiki kenderaan tanpa penumpang lain itu berhenti dan membenarkan mang.sa menaiki kenderaannya dengan beranggapan remaja tersebut meminta pertolo.ngan.

“Bagaimanapun, warga emas berkenaan tidak pasti arah tuju hendak membawa mang.sa kerana mang.sa tidak berkata apa-apa sehinggalah ditahan oleh beberapa buah kenderaan dan orang awam di sekitar Saujana Rawang dan men.uduhnya cuba membawa lari mang.sa,” ujarnya.

 

Menurut beliau, daripada s.iasatan yang dijalankan, pihak polis mengesahkan tiada elemen cu.lik atau melarikan dengan cara yang salah sepertimana yang ditularkan.

“Dalam kes ini, pengadu telah membuat penarikan laporan polis yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kes orang h.ilang,” katanya.

 

VIDEO:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : KOSMO ONLINE via asn

Be the first to comment on "Seorang Ibu Selamatkan Anak OKU Dia Dari ‘Dicul1k’. Rupa Rupanya Ini Sebenar Yang Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*