“Membesar Dalam Kesusahan,” Hanis Zalikha Tering4t Mak Ayah Jual Kuih Tepi Jalan

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Hanis Zalikha terkenang ketika membesar dalam kesusahan apabila kedua ibu bapanya berniaga kuih muih dan nasi lemak.

Dalam entri tersebut, isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu turut memuat naik gambar kuih kegemarannya iaitu pulut panggang. Ujarnya, setiap kali makan kuih tersebut, dia pasti akan teringat kehidupan zaman dahulu.

“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, memang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman Mama Daddy meniaga tepi jalan jual kuih dan nasi lemak.

“Maybe sebab takde masa lain Mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab memang Mama takde buat dah. Cuma time nak meniaga dulu tu je. Dan Mama buat memang sedap sungguh sungguh,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, Hanis turut mengucapkan terima kasih buat ibu bapanya yang bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan mereka adik beradik.

“Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama,” tulisnya.

 

Perkongsian Hanis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak apabila mendapat tahu Hanis sekeluarga pernah hidup susah kerana ada yang menyangkakan keluarganya orang senang.

 

Sumber: rotikaya

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : klmedia

Be the first to comment on "“Membesar Dalam Kesusahan,” Hanis Zalikha Tering4t Mak Ayah Jual Kuih Tepi Jalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*